Laman Utama

27 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan III (...posted by Sham)

Sent: Sat, 10 July, 2010 7:33:16

Awal tahun 1998, ofis pengurusan telah berpindah dari Kompleks Mara Kangar ke 23, taman sena indah, hasil joint loan dengan adik ipar untuk memiliki pejabat sendiri, itupun telah berunding dengan Mara, untuk menyewa satu lot lagi utk menempatkan dokumen yang kian bertambah, tapi dah jadi polisi Mara, satu tred hanya satu premis.

Patah hati dengan keputusan Mara ketika itu, lalu diambil keputusan untuk berpindah dari situ, mencari ruang pejabat yang lebih besar demi menampung lambakan dokumen dokumen syarikat yang menggunung. Termeterailah hutang baru dengan institusi perbankan, yang ketika itu BLR nya 11.5 peratus.

Bermulalah era baru dalam perluasan pembangunan perniagaan, dengan komitmen yang terpadan ketika waktu yang memampukan berbuat demikian, bahagian bawahnya disewa bagi menampung bayaran progress bulanan. Sesuatu yang tidak di duga ketika itu, sebaik sahaja dapat kunci pintu, yang tidak dikira belanjawan mengubah suai untuk kegunaan premis pejabat.

Sudah lah sebelum tu, dah habis kira kira RM 50000, bagi deposit 15 peratus pada pemaju dan 85 peratus dibiayai oleh Bank. Serta pendawaian letrik 3 fasa, legal fee untuk dokumentasi pinjaman.

Dah hampir hampir keputusan modal untuk menyudahkan premis baru ini, dibelanja pulak untuk partition, air cond, serta lantai, apa sahaja yang boleh kontra dengan supllier, buat sahajalah, itulah yang termampu untuk dilakukan. "The survivor, The Fittest", inilah slogan dunia perniagaan yang berperang untuk terus meluncurkan perniagaannya.

Tak terduga juga, krisis 1997 ini , banyak menjejaskan perancangan yang tak mungkin tercapai, maka sebahagian besar yang melanda bahana krisis ini tidak bangun bangun dalam perniagaan mereka, bungkus, gulung tikar, dan seumpamanya. Teringat juga ketika itu, bila gawat je, muncullah berbagai dakwaan, kononnya ada fund, Afandi Program Fund, macam macam fund untuk diberikan pada proporsal yang tersusun, setiap syarikat, dikenakan membayar RM 1000 untuk signing MOU di Taman Maluri,

Dan proporsal RM 500. Suatu yang menampakkan ianya adalah scam, company yang shelf juga pergi sign MOU. Hebat Afandi Fund ni, rupa rupanya mereka berjaya memperdayakan lebih kurang 300 syarikat di Selatan Thai, dan 300 lagi di Semenanjung, sign MOU je, dah berjaya kumpul RM 6 juta.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan