Laman Utama

21 Julai, 2010

Sekadar Ingatan Mesra- Lumut 30 julai 2010 (...posted by Yasin)

Sent: Thu, 8 July, 2010 10:12:41

Salam Pagi yang indah untuk semua Cliffordians 73/78
 
    Semoga Allah SWT melimpahkan ketenangan kepada kita semua. Semoga semua kekalutan diatasi dengan rahmatNya, semoga semua kebahagiaan dariNya, kita kongsi bersama.
    Salam kepada junjungan Rasulullah S.A.W.  yang membawa cahaya ke alam maya ini.
    Petang semalam berbicara dengan bekas pemain bola Perak Meor Helmi, malam pula berbicara dengan Pa Idrus dan pagi ini kemesraan berlanjutan dengan Sham Perlis. Allah memberi ruang waktu kepada kita bertanya dan berkirim khabar.
    Deman Piala dunia masih hangat membara. kita hanya menumpang berbicara untuk pasukan negara lain. Ini lumrah mencari topik dalam meneruskan kelangsunggan hidup. udara segar pagi ini. La Nina akan kembali, itu kata menteri, tapi yang maha Esa memberi ketentuan putaran alam.
    Seronok menghantar emails. Seronok yang belum pernah kita terokai dalam jangka hayat 30 tahun. berlaku letusan teknologi dan diambil kesempatan oleh sebilangan rakan untuk menjejaki kita yang bertaburan. Kita bertemu sekali pada Januari 9, 2010. kita berusaha lagi atas kerinduan Alma Mater. Sebenarnya rindu itulah yang meneruskan ceria kita kita dan disusuli pertemuan demi pertemuan. kita mencari titik keakhraban pertemuan yang lebih memberi makna. Kita himpukan buah fikiran dan insyaallah pertemuan kita seterusnya lebih bermatlamat dengan penubuhan koperasi dan lain-lain yang direncanakan untuk melihat kebahagian ahli-ahli kita. moga Allah memberkati objektif murni kita.
    Sekadar mengingati rakan-rakan, kita akan bertemu kembali pada Julai 30, 2010 di Lumut. Jawatankuasa ad-hoc, dalam kehangatan Pila Dunia pastinya sedang berkira-kira dan mencari satu venue yang paling sesuai untuk kita bersua-temu pada janji yang dilafazkan.
    Pada yang ada keizinan, pada ramai...kita bersama pada tarikh keramat untuk berbincang hala-tuju. Pada yang tiada kesempatan, salam dikirim di angin Selat Melaka...kami tetap bersama.
    Aku bersama Monaku mengulit rindu, melampias dendam berahi, mengulit rindu sepi...terkenang-kenang pada suatu rindu yang tiada penghujung, menitip  dan memadu kasih...mencari sebuah erti pengorbanan kehidupan......
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan