Laman Utama

30 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan IV & V (...posted by Sham)

Sent: Sat, 10 July, 2010 11:41:03

Tidak sahaja ekonomi yang gawat, turut terjejas adalah gawat politik. Suharto jatuh ketika ini, dengan kebanjiran mahasiswa mengelilingi istana Presiden, yang mengecutkan pemerintah, dan di Malaysia juga dengan pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku TPM, Timbalan Presiden UMNO, Perhubungan Negeri Pulau Pinang dan juga Permatang Pauh, kita menyaksikan strategi Hitler, dengan propagandanya, dapat mempengaruhi sebahagian besar pemikiran masyarakat ketika itu. Dituduh bersalah sebelum dibawa ke Mahkamah, Konsep Tertuduh Tidak Bersalah Kecuali Dibuktikan Di Mahkamah, tidak terpakai untuk kes ini, dikurung dengan ISA, ditumbuk lebam, dan seumpamanya.

Keadaan ini, sebagai mana yang telah diperincikan dalam Undang Undang Pentadbiran, diajar mengenai asas asas perundangan, telah tersasar jauh dari apa yang dipelajari, dan dengan apa yang terjadi. Kebingungan ini terlantar dengan berbagai kebocoran maklumat maklumat pengurusan negara, melalui website website reformasi dan seumpamanya.

Selaku sebahagian dari masyarakat kebingungan dengan senario seperti ini. Labun di kedai kopi, di serata tempat berkumpul, di tempat tempat awam, membingungkan keadaan, selaku peniaga yang mengharapkan laba dalam perniagaan, sudah banyak terlena dengan melakukan kerja perniagaan. Aktiviti perniagaan jadi suram, gawat segawatnya. Bayaran kemajuan pejabat elok sekadar tahun pertama sahaja, tahun tahun berikutnya sudah tidak terurus. "The survivor will always the fittest", tercari carilah peluang peluang lain untuk kelangsungan kehidupan, untuk makan dan pakai serta perbelanjaan membesarkan anak anak.

Hampir hampir sahaja mintak jadi Pensyarah sajalah dimana mana IPT, tetapi keadaan berbolak balik dengan kerja buat yang dilakukan, tidak terbuat dengan 2 kerja dalam suatu masa, yang dikedong berciciran sudahnya.

Tahun tahun gawat ini, kena pulak nak Pilihanraya Umum, 1999, aktiviti perniagaan dah banyak terlena dari terjaga, sebagai mengisi masa terluang, melibatkan diri dengan kerja kerja NGO dibawah fokus Free and Fair Elections, penglibatan ini berlarutan dari 1999 hingga 2002.

V. (Sent: Sat, 10 July, 2010 14:52:49)

Penglibatan dalam NGO ini lebih kepada kerja kerja penyelidekan dan latihan, maka yang tersohor dalam bab bab ini adalah dinegara negara seperti US, Europe dan Eastern Europe, maka teman dalam hal hal penyelidekan dan latihan ini, kenelah terjah ke tempat tempat ini. Selama 40 tahun hidup sebelumnya, bukan pernah keluar negara, kecuali Umrah di Saudi sahaja.

Destinasi pertama adalah New York, bayangkanlah , rupa rusa masuk kampong, sesampai di lapangan terbang JFK New York, tercari cari mana lah teksi kepala kuning, macam kita selalu tengok dalam movie, boleh idak jumpa stesennya, rupa rupanya di Tingkat Bawah, itupun setelah kali ke 2, teman kesana. Maklumlah pemergian tu sorang sorang diri, sementara nunggu rakan lain yang telah sampai terlebih dahulu dan menginap dengan Barbara Welsh di Queens, teman ke Manhattan dipelawa Caribean naik kereta Limo nye, tanpa tanya berapa tambangnya, sampai di Manhattan, habis licor kantung poket, cash untuk belanja harian di NY, yang ada tinggal hanyalah Charge Card Amex jadi pengganti cash, terkejut beruk dengan charge dari JFK airport ke Manhattan sejauh 38 km tu, tambang dia USD 365. Nyerongin le teman sengsorang di Hostel YMCA. 

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, begitulah kiasan yang dapat diabadikan dalam perjalanan di NY, sementara nunggu kawan yang sama sama di sessi latihan keesokannya, berlaparlah sehingga keesokannya, survive dengan pisang embun dibumi NY.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan