Laman Utama

11 Julai, 2010

Moh Nyinggah Sg Siput (... posted by AizNin)

Sent: Sat, 29 May, 2010 12:08:07

Maka dikisahkan Panglima Manong mengutuskan burung membawa warkah kepada Penghulu Bendahari Karei akan hasrat nya melawat kembali pusat perguruannya. Apabila burung burung berlalu sesama sendiri bertukar khabar maka terlaunglah panggilan kepada semua Hulu Balang Hulu Balang Pendekar Pendekar dan Panglima Panglima bahawa satu perjumpaan akan diadakan di Balai Rong Seri Tok Dua.

Setelah dimentelaah dan dikaji Tok Dua memutuskan bahawa Balai Rong Seri dan beliau tiada ditanah jajahan kerana merantau ke bumi Laksamana Tuah, maka diputuskan perjumpaan diadakan di tebing Sungai Negeri Jajahan Pendekar Sang Siput.

Bertempiaran burung burung utusan membawa berita dan disahut berita dari Utara Tengah dan Selatan.

Pendekar dari Tengah yang sememang telah mengatur langkah bersiap pedang, kris dan tanjak serta pedati untuk menyambut kembali Bonda tersayang tersenyom kerana hajat dihati kesampaian. Dapat lah beliau menyelam sambil minom air. Memang terkenal ilmu Pendekar Tengah berkenaan perihal menyelam ini sehingga tersohor di seantero benua kelincahan beliau dalam bab ayat mengayat dan menyelami kalbu dan halwa Dang Wangi semua.

Maka timbul berita Pahlawan Putih Kepala sedang menyiapkan gerombolan untuk bertandang ke Jajahan takluk Raja Ligor akan singgah majlis di Jajahan Sang Siput.

Dalam menyebaran berita, Penghulu Bendahari memaklumkan seorang Hulubalang telah keluar dari pertapaan dan sedia menyertai persidangan yang ditetapkan. Berbagai persoalan diajukan kepada Penghulu Bendahari - bagaimana rupanya, darimana asal usulnya, berapakah pengikutnya dan berapakan Isterinya. Namun tak terjawab Penghulu Bendahari kerana pertapaan tersebut terlalu lama dan sukar untuk diingati kisah perjalanan pertapaan dan perjuangan Pendekar tersebut.

Maka berkumpullah segala yang didahului Raja Ligor. Murka lah Raja Ligor kerana disangka tempat dijanjikan ditukar tanpa pengetahuan beliau. Pabila sampai Raja Ligor dengan buah tangan hanya pokok kelapa dan suilan Sang Ular menyambut beliau. Diutusan burung menanyakan keadaan dan dijawab dengan sinis Pendekar Sang Siput bahawa tiada tempat lain melainkan tempat yang dijanjikan.

Maka diperhatikan Raja Ligor seorang jejaka menanti dalam pendati dan disahkan inilah Pendekar yang ditunggu selama 32 tahun.

Tibalah Pendekar Pendekar dan Hulubalang Hulubalang Negeri penuh dengan ruih rendahnya. Dicanang paluan angin dan berpelokan sahabat sahabat seperguruan bertanya khabar berita.

(Bersambong)
SA Sulaiman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan