Laman Utama

09 Julai, 2010

Rehlah / Perkhemahan. (...posted by Sham)

Sent: Fri, 21 May, 2010 15:59:57

Dalam kita sibuk sibuk dengan ehwal kekalutan kerja, mencari rezeki, mahupun apa cara sekalipun, kita perlu merehatkan minda kita, dengan memisahkan diri dengan kesibukan rutin harian kita. Berehatlah untuk recharge semula kekuatan minda untuk meneruskan kerja kerja yang terbengkalai.

Jika ada kelebihan, tempat yang utama, bagi rakan rakan yang beragama Islam, berziarah ke Baitullah, bagi rakan rakan kita yang selain itu, berjalan di India, Sungai Gangga, di China, Sungai Yangtze. Memisahkan kekalutan kita dengan keruwetan ekonomi, bagi yang berniaga, inilah masanya untuk reengineer balik kerja buat kita yang lalu, mungkin strategi, mungkin cara memasar, dasar perakaunannya, pengurusan, operasi, dalam organisasi.

Bagi yang berpendapatan tetap dan ada pencen, namun kebejatan ekonomi dan kos menyara hidup bagi anak anak yang sedang belajar di IPT, mencemaskan keadaan. Pendapatan tetap, namun kos saraan dah jadi berubah ubah.

Bermacam macam cara, untuk meningkatkan mutu hidup, asal sahaja tidak menceduk hak masyarakat. Buatlah apa yang boleh menghasilkan pulangan kepada kebaikan bagi melampiaskan kos sarahidup yang berubah sebegitu pantas.

Begitulah keadaan ekonomi kapitalis yang mencengkam poket kita.

(Atas Cruise Sidadeldu, Blue Water Star Sailing, Di Perairan Langkawi). Selamat Berhujung Minggu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan