Laman Utama

03 September, 2010

Pulanglah Perantau

Sent: Wed, 25 August, 2010 22:49:32

Salam
     Kita telah menempuh separuh perjalanan Ramadhan...bulan yang dipenuhi dengan Kerahmatan, Keampunan dan Keberkatan. Renung diri dan jangan terlalu teruja untuk menyambut Aidil Fitri hingga kita lupa maksud sebenar. Biarlah anak-anak kita yang riang gembira...biarkan dan pada waktu yang sama berkongsi bicara dengan mereka pengertian Aidil Fitri yang akan menjelang tiba. Kita penuhi malam-malam akhir dan penghujung ini dengan melebihkan amal ibadah kerana kita sendiri tidak pasti apakah kita akan bertemu Awal Ramadhan lagi pada tahun-tahun mendatang.
     Biarkan dengan nostalgia zaman kanak-kanak, kita menyambut Ramadhan. Zaman itu tidak akan datang lagi kerana tuntutan arus perubahan yang melanda kehidupan. Tetapi kita perlu simpan rapi nostalgia suatu waktu dahulu betapa indahnya bulan puasa di zaman kita. Ada masa, kita himpunkan cerita indah itu, abadikan bersama anak-anak kita, biar mereka pula mengutip indahnya Ramadhan di usia mereka, agar kekal budaya bangsa kita selagi tidak bertentangan dengan agama.
     Mari kita kembali meniti indahnya Ramadhan itu dengan pulang ke pangkuan ibunda pada 28 Ogos ini. Kita sama-sama kongsi kenangan itu. Biar segar, biar siratulrahim kita abadi hingga akhir hayat kita. Kita sentiasa berlari dan jatuh. Itu adat sebuah kehidupan. Jika tidak jatuh , luka dan berparut, maka tiada kenangan pahit untuk kita paparkan. Yang pahit itu adalah ubat kehidupan kerana kehidupan tidak menanti mereka yang mengeluh merintih mengenang dan tidak berusaha untuk bangun semula. Sedarlah kita, kehidupan tidak datang kepada mereka yang menadah.
     Sebenarnya masih banyak yang kita simpan untuk dikongsi bersama. Pulanglah perantau, Ibunda kita, Kuala Kangsar sentiasa tersenyum menanti kepulangan kita kerana di situ kita bermula. Kita penuhi ruang Kuale pada 28 ogos, insyaallah.

     Tadi pulang dari terawih, menenguk secangkir air SIREN (sirap t oren) hua...hua...hua...hik (cekik siren)

Gunsmoke non-stop
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan