Laman Utama

19 Februari, 2012

Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur

From: "hishamudin.alli"
Sent: Friday, 17 February 2012, 7:13

Semalam, dapat bercakap panjang dengan Mior Puaat, kesibukannya melalui kerja kerja kursus dan kepelbagaian ragam dan keranah kerangka keperluan akademik, ternyata amat sibuk baginya dengan bebanan kerja kursus.

Bukan senang nak senang, nak susah bisa terjadi sekelip mata, semuanya diseliling kita adalah milek pinjaman, bakal diambil apabila sampai waktu dan ketika.

Sambil bersembang dan bertukar tukar cerita dengan warga Wangsa Maju, Megat Fuzy dan Hasni, "ultimate goal" menghadapi usia persaraan, 10 tahun terakhir ini, dengan keizinanNya, strategi melunaskan hutang piutang, agar kehidupan suasana pencen, rukun damai, dan bebas dari pemikiran kusut masai dalam menghadapi usia persaraan.

Senang susah dalam menghadapi realiti kehidupan, adalah rezeki masing masing, dan usaha ikhtiar dari kita untuk mengubah suasana.

Pagi ini, ada satu temujanji di BBB, sebelum ke Klang, menziarah anak bongsu ketika ini, sebelum bermesyuarat menghadapi bekalan pencen, arah memartabat KOSEC, selaku "driving force", membina jambatan dan hubungan kekitaan antara rakan rakan 7378 80, sebelum ianya dibuka pada yang lain menyertainya.

Yang masih belum mendaftar keahlian, sama sama kita merancang dan memberi imput pada kemajuannya.

------Original Message------
Subject: Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 17, 2012 12:58 AM

Perumpamaan ada mengisahkan, "masa kan pisang berbuah dua kali", tapi kita sebagai manusia yang terlupa dan pelupa, "short memories", sering alpa dengan kisah kisah yang berlaku pada masa yang lalu dan kelmarin. Kita lupa bahawa jerat  tidak pernah melupakan pelanduk.

Kena "kona" adalah pengalaman pahit, yang sedikit sebanyak mempengaruhi jalan fikiran, dan melembabkan daya saing untuk maju kehadapan, kecundang di arena  ini melambatkan pertumbuhan dan terencatnya perancangan.

Sesungguhnya, amat letih, jika kena "kona".

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 16, 2012 8:44 PM

Kegelapan malam dan disimbahi hujan renyai renyai dan ada ketika lebat, melambatkan perjalanan, kusinggahi di Kpg Gesir, melawat anak keduaku di ITKAU, dengan suasana persekitarannya seperti masuk di Pasir Raja, berhampiran Chenderoh Dam, menggusarkan pemikiran dan suasana kegelapan malam, umpama kehidupan kecilku di Kpg Batang Kulim, Kota Lama Kanan, dihubungi dengan "bas taun", yang pernah menindih Yasin di Kota Lama Kiri.

Laluan kesitu, banyak membawa nostalgia 45 tahun yang lalu, suasana ketika itu, masih kedapatan di Kpg Gesir, aku meransang anakku ini, agar belajar dari persekitaran, agar kehidupan menjadi lebih bermakna, untuk anak muda yang bakal berdikari, membina keluarga dan permasalahan kehidupan dihari kemudian.

Sesekali, ingatanku teringat akan kisah kisah yang terpahat dalam lubuk hati, yang secara relatifnya, "history repeated itself over time", cuma pelakunnya sahaja yang berbeza, jalan ceritanya hampir sama, dan kisah kisah ini, biasa memahat dan terpaku dihati sanubari.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 16, 2012 8:41 AM

Dari Kangar, singgah di Batu Feringgi, menyelesaikan tugasan dengan client Arab, kebetulannya, disamping kepelbagaian perniagaan yang di lakukannya, restoran, kedai herba dan syarikat pelancongan, yang dibawa pelaburannya dari Timur Tengah, teringat jua , bait bait sajak semasa di Tkt 4, rezeki di bumi Malaya ini dimana mana.

Melihatkan presentasi restoran, masakan Timur Tengah, menyediakan pasaran utamanya kepada pelancong Arab, yang acapkali datang melancong di Pulau Mutiara ini, semasa luar musim, memampukan restoran ini meraih pulangan 250 k sebulan, dan ketika musim yang sibuk, mampu mencecah jualan harian ke jumlah 50 k sehari, suatu perniagaan yang amat memberansangkan. Semuanya adalah berasaskan "consumable item", yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna.

Namun itu , adalah berasaskan faktor ekonomi yang berubah ubah, dan juga para pelabur yang "segmentised investment", yang melabur pada item item terpilih, yang punyai teras dan kepercayaan tertentu.

Jam 3 30 petang, ku luncurkan kenderaanku menghala ke Kuala Lumpur, hujan sekejap sekejap, berhenti seketika merehatkan mata barang setengah jam di R & R Juru, Memandu dalam hujan, darjah pemanduannya kena berhati hati, perlahankan kenderaan, dan sebelum simpang  keluar ke Nibong Tebal, terjadi satu kemalangan antara kereta dan motosikal, penunggangnya dikhuatiri menemui kematian, dibungkus dengan bajunya, disandarkan di pagar pagar ditepian gigi jalan.

Hajat hati nak melencong ke Kuale, tapi hari sudah hampir gelap, untuk singgah menghantar keperluan anak di ITKAU, laluan keluar Behrang dan menghala ke Jalan ke Sungai Besar, melalui Felda Gedangsa, Felda Suharto, rancangan lama penempatan Felda, yang ramai penghuninya loghat mendeheling, "aku tulak ke kedai, naik royal anfit", maknanya, kalau bahase kuale, aku nak ke kedei, naik besika jenama Royal Enfield". Anakku, bercerita, mereka sukar berkomunikasi bahasa utara, bahasa baku.
   
Sesampai di Hentian Pulai, merehatkan mata setengah jam, mahu saja singgah di Batu Gajah, jumpa Latif dan Pa, tapi terpaksalah dibatalkan hajat itu, suasana sudah hampir gelap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan