Laman Utama

19 Februari, 2012

Bukan Senang Nak Senang, Nak Susah Senang.

From: "hishamudin.alli" 
Sent: Friday, 10 February 2012, 20:38
Perpatah ditajuk ini , masih terngiang ngiang ditelinga, sering kali diucapkan oleh bapaku , tatkala dimusim cuti persekolahan, dimasa itulah , aku bersama adik adik yang lelaki, Judin dan Wahed, ke Pasir Raja, menebas kebun getah yang dicelah celah rimbunan itu tersisip pokok pokok durian, dan setelah pokok durian sudah mula mampu bersendirian, pokok pokok getah pula disisihkan fasa demi fasa, sehinggalah dari kebun getah menjadi kebun durian.

Kisah ini masih lagi menjadi suri teladan walaupun sudah lebih 4 dekad berlalu. Atas prinsip inilah, pedoman kehidupan mendasari cabang cabang kehidupan, walaupun disana sini, dengan perubahan dan peredaran masa dan zaman, ledakan teknologi maklumat dan maklumat dihujung jari. Namun kebejatan dan kebobrokan masyarakat, yang sememangnya mahukan kesenangan namun usaha minima ini mana mungkin nak senang ikut senang.

Kebiasaan pedagang memerlukan produk untuk dijual, untuk diujudkan produk memerlukan perusahaan membangunkan produk perlu diadakan. Kesemua ini adalah dalam lingkaran yang tidak keluar dari lingkarannya. Tiada jalan pintas untuk menerjah mercu tanda kejayaan dan kesenangan.

Kecuali ada cerita cerita yang berharta sejak dari bedung lagi, bergelandangan dan berputar putar masuk di kantong paksinya. Sekadar mampu mendengar, dan kenyataan hutangku bertimbun, apa bisa dilampiaskan sebelum ajal tiba. Mudah mudahan dipermudahkan laluannya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan