Laman Utama

13 Ogos, 2012

Fwd: [7378] Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012

Adakala kita memerhatikan peluang besar dinegeri orang, tapi kos bandingannya tidak relatif, "ukur baju dibadan sendiri". Kiasan kiasan dan perumpamaan ini banyak dikiaskan oleh waktu prosa klasik, kelebihan dinegeri sendiri, banyak senang dari sukar, ada RM 5 masih berani masuk kedai, dan makan apa yang diselera, menurut nilai RM 5.

Teringat masa berkelana di New York, 12 tahun yang silam, kota metropolitan yang sofistikated itu, tapi leluhurnya budi bahasa, lebih lebih lagi pada orang asing, "dijadikan lauk", semberono, akibat kurang pengetahuan tata luhur budaya asing, kasar, kurang ajar, dan seperti kehidupan, "melepaskan pucuk pucuknya, di dalam hutan tebal". 

Membandingkan kos , menyebabkan berkira kira, kesudahannya, survive dengan pisang cavandish dan buah apple, dan sand wish tuna setengah kilo, mampu menarik gebar, sambil menunggu hari siang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 5 Aug 2012 05:42:03 
To: Cliffordian Mail<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012

Pengalaman safar ditempat tempat ini, punyai pelbagai persepsi, dan melihat arus pembangunan yang tidak seimbang, umpamanya, pembangunan di kota dan dipinggirannya berlainan sekali. 

Teringat kisah perjalanan umrah melalui transit di Tashkent, Uzbekistan. Pakat berebut bilik air, oleh kerana terbiasa dengan suasana KLIA, banyaknya kemudahan itu, pilih sahaja yang mana rasa sesuai dihati. Inilah kisah "hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri".



------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 5, 2012 12:36 PM

Seawal usia 20 an, 1984 , itulah tahun yang mula mula menjejak kaki ke baitulLah, langkah itu dijejak sekali dengan ibu saudara, Habibah, dan diikuti oleh beberapa jiran sekampong, umrah di kala itu melalui pakej MAS, ketika itu, bangunan yang menghala pintu Raja Fahd di Masjid Haram, hotel hotel lama berserakan disitu, tapaknya kini diletakkan bangunan Intercontinental.

Pembangunan infrastruktur di kota Mekah melalui proses pembangunan drastik, dan ditahun 2002, sekali lagi aku ke baitulLah ditemani ibu saudara dan isteriku untuk umrah, dan bangunan bangunan lama telah diroboh dan dinaikkan yang baru. 

Dari tahun ke tahun, pembangunannya berjalan rancak, ditahun 2005, tatkala Haji, perubahan struktur hampir membuatkan laluan di lorong lorongnya, bisa menyesatkan pengunjung, ada yang terpusing pusing mencari jalan pulang.

Dan pada May, 2012, sekali lagi menyaksikan, bangunan bangunan baru disekeliling Masjidul Haram, tersergam pencakar langit. Jika di tahun 2005 terdahulu, masa untuk sarapan pagi, aku dan isteri sering berkunjung di Restoran Bakso di Marwah, kini, dibelakang itu telah diruntuh dan kerja pembangunan baru sedang berjalan.



------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 5, 2012 9:17 AM

Sambil bersembang sembang dengan rakan setugas, beliau meluahkan hasrat untuk umrah ramadhan, kira kira sebulan yang lalu, maka ku cadangkan agar mengikuti sahaja rombongan Ustaz Abdul Rashid, yang sebelumnya kuikuti pakej ke Baitul Muqaddis, Amman, Petra, Mekah dan Madinah pada awal Mei, 2012 hingga pertengahan May, 2012.

Lantaran seronok berbicara, rakan sekerja ku, bertanya, nak ikut ke?, aku jawab hambar, mana nak cari duit lagi, biaya pakej berkenaan, tambahan pula aku baru 2 bulan sahaja pergi di laluan itu. Lantas dia memberi alternatif, kalau nak ikut, bagi passport untuk kendalian visa. Tanpa banyak bicara, aku serahkan passport, duitnya belakang bicara, ada sponsor dari dana tertentu. 

Tatkala tawaf wida', semasa mahu meninggalkan Mekah, aku berdoa di depan Multazam, agar diberi kelapangan untuk ke baitulLah dimasa masa mendatang, lebih lebih lagi di suasana ramadhan, beriktikaf di masjidil haram. Aku pun terdiam, doaku terkabul semasa tawaf wida' pada pertengahan bulan Mei, 2012 yang lalu.

Rezeki, ajal maut adalah pengetahuan Yang Menjadikan, hanya doa yang mampu diluahkan bagi mengubah haluan, dengan keizinanNya.

Aku memulakan langkah perjalanan dengan doa safar panjang yang dianjurkan. Seharian hari ini, aku di atas Transnasional, kenderaan setia, yang membawaku ulang alik ke Kuala Lumpur, sejak keberadaan ada Perlis, sejak 1982.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan