Laman Utama

29 Mei, 2013

[7378] Hari Hari Yang Panjang.

Meninggalkan kebiasaan, keatas kerja dan aktiviti serta kesibukan disana sini, menongkah arus perubahan fasa kehidupan, yang selesa dengan kehidupan kebiasaan, melihat semula hasil kerja buat dimasa silam, sesedar sudah begitu jauh sasar kemana pula hala tujuan, musim cuti persekolahan ini, masing masing punyai rencana, yang mengahwinkan anak, yang kahwin nambah ruang, yang membujang, punyai cita cita, melangkah kehidupan keceriaan, adakala ceria yang dicari, suram pula yang menjemput ketibaan.

Sketsa kemelut kehidupan, tidak terlepas dari memerlukan dana penggerak, sejak "fiat money" diperkenalkan, masing masing mencari memenuhkan tabung dan ruang ruang yang ketandusan, yang pasti, suasana kini, sudah tampak "pergerakan keaktifannya" sudah menguncup, " tabung sudah hampir kosong", cuma memusingkan dan memindahkan korek lubang timbus lubang", yang mana yang ditimbus itu, tidak semampat sebelum di korek.

Rata rata mengeluh panjang, dimana pulak nak dicari, ganti tukar ganti pula tidak kedapatan. Berapa lama pula berlarutannya kisah ini, seolah ceritera, mat jenin dengan angan angan panjang, hasilnya belum pasti seumpama mimpi memeluk tuan puteri idaman, rupa rupanya di atas pohon nyior sebatang, buahnya hampas, ditebuk tupai.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan