Laman Utama

13 Jun, 2013

[7378] Sorotan Semalam, Hari Hari Mendatang

Secara relatif, hari bersilih ganti, memandang hari hari muka yang tampak balam balam, walaupun secara dasarnya, telah direncanakan, lebih lebih mengadap usia yang hampir penghujung, persediaan keseimbangan antara dunia dan akhirat, lebih kepada mengadap dunia kekal yang abadi, yang penghujungnya memerlukan bekalan bekalan.

Bekalan bekalan inilah yang ditanyai, sepanjang tempoh alam percubaan, menilai antara yang baik dan buruk menurut nilai, yang tidak terfikir dihadapi pada alam nyata.

Yang nyata, kita semakin uzur, yang seketika, kitalah yang anggun dan berkeunggulan, mutu dan nilai, dinilai secara neraca yang tidak terlepas hatta sebesar zarrah.

Dunia yang semakin kecil, dengan alatan komunikasi yang serba canggih, mampu menerima perkhabaran, walau perjalanannya memungkinkan seharian dengan jet. Disana sini, krisis nilai menjadi pancaroba dialam semesta. Yang baik diprotes, kerana desakan runtunan nafsu mengawal segala gala.

Begitulah melalui dunia kegelapan malam, untuk dicari semut hitam. Ianya memerlukan cahaya yang kuat dalam lubuk jiwa dan hati sanubari yang penuh insaf.

Kuala Lumpur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan