Laman Utama

21 Mei, 2014

[7378] KUSUT MASAI SEPATU KILAT

Disana sini, acapkali, pabila dilihat, apabila lingkaran fiat money telah mengecil, yang ada sudah melebar dari segi komitmen membayar , mengecilkan kuasa beli, mengecilkan innovasi dan perkara perkara baru dalam dunia pasaran, tambahan wujudnya gergasi ekonomi, dengan membuka pintu perdagangan bebas, China, telah melakukan apa sahaja dalam keperluan perdagangan antarabangsa.

Di Eropah, umpamanya , kunjungan di Greece (2011) dan Spain (2013), melihat kelibat dan apa yang menjadi keperluan masyarakat setempat, walau jenama apa jua, termeterai "Made In China". Ada kelainan di bumi Turki, sektor perkhidmatan, kerja kerja tangan hasilan seni, masih lagi dipelihara akan tradisi itu. Kunjungan (2005), (2011),  (2013) dan (2014), melihatkan trend ini. 

Dunia perdagangan berubah dengan drastik dengan kewujudan China membuka pintu perdagangan bebas, jenama jenama tersosor mengalihkan produksinya di bumi itu, diatas kos bandingan yang lebih rendah, berbanding dengan tempat lain. Penelitian ini, berasaskan pemerhatian, perjalanan pertama di bumi Timur Tengah, Mekah dan Madinah, (1984), masih lagi terdapat barangan dari Eropah Timur memasuki pasaran, tetapi pemergian kali kedua, (2000), dan seterusnya (2004) (2005), (2012) (2013) menampakkan trend itu telah mengubah lanskap perdagangan antarabangsa.

Apabila, lingkaran  kewangan telah mengecil, golongan 1 peratus telah menambahkan longgokan kekayaan berbanding dengan golongan pertengahan mengecilkan kuasa beli, bagi rakyat bawahan, yang  menghadapi tekanan kehidupan yang amat meruncing.

Di Australia, melihat kelibat dan gaya masyarakat Sydney, (2003) (2004) dan di Perth (2010), pattern gaya hidup perbandaran yang amat kompleks, yang meraikan golongan Pakistani dijadikan sebagai tenaga kerja bagi tuan tuan punya gedung perniagaan. Begitu juga masyarakat kosmopolitan New York, (2000).

Dunia , dimana sahaja, golongan yang merantau, seringnya, survival mereka lebih terj.amin, dengan tinggal di bumi milek orang. Sampai waktunya, dibumi sendiri, sudah mulai merasakan sukarnya survival, memerlukan kita menjadi Ibnu Batutta sekali lagi, mencari kehidupan, untuk survival.



HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan