Laman Utama

02 Jun, 2014

[7378] MENOLEH KEBELAKANG MENUJU KEHADAPAN

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, merana badan. Hati hati sebelum terkena, bila dah kena merasa badan. Bidalan bidalan dalam warisan perbendaharaan Melayu, kaya dengan bidalan bidalan, peribahasa, kata ibarat, dari pengalaman pengamal pengamal terdahulu, yang terlebih dahulu makan garam. Kisah kisah semalam, ditoleh semula, teringat kisah kisah lama, yang menggamit  memori dan nostalgia, http://www.youtube.com/watch?v=7bNal4-amdE

Pemergian ke Sungai Kob, kelmarin, punyai sejarah tersendiri, semasa aku membina kerangka kehidupan, melalui rentetan diatas kebaikan keluarga dan masyarakat insitu, budi baik dikenang jua, untuk ingati itu semua, kena pergi dipersekitaran itu, memori itu datang kembali satu persatu, 

Pisang Emas Dibawa Belayar
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hutang Emas Boleh Dibayar
Budi Yang Baik Dinenag Jua.

Sambil mendengar koleksi instrumental, Yanni, http://www.youtube.com/watch?v=7bNal4-amdE&list=RD7bNal4-amdE#t=399 , ditulis semula kisah kisah silam, yang mendetail perjalanan dan suatu hala tujuan yang membawa survival dan meneruskan agenda kehidupan, adakalanya melankolik dan iramanya, berkaitrapat dengan aspek budaya dan sosiologi masyarakat sekitar yang membentuk, bukan asal dapat , lipat belaka. Aku diasuh begitu, biarlah dengan prinsip begitu, dapat mengamankan fikiran dan perasaan. Biar tak berharta, asal damai dihati. 

Kita adalah apa yang diperturunkan tradisi menerusi doktrin duluan, dalam proses pembelajaran, dengan penemuan ilmu ilmu baru melalui penyelidekan dan pembangunan, ditemui teknologi baru, yang membawa kepada adaptasi keatas penemuan baru.Tak terlepas dari terus mengkaji selagi ingin mencari erti pengertian kehidupan yang hakiki, agar dialam selepas melepasi ujian , meloloskan kita dialam serba kekal. Begitu sahaja erti kehidupan, bukan bersahaja, tanpa melalui apa apa cobaan.

Sabar sajalah dengan mehnah dan kerenah kehidupan. Perubahan hanya datang dari dalaman dan melahirkan tindakan.



HISHAMUDIN ALLI


From: hishamudin.alli@live.com.my
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Subject: [7378] 
Date: Sun, 1 Jun 2014 11:33:15 +0800

Jam 7 semalam, aku melangkah sendirian menuju ke arah Selatan, singgah sebentar di Parit Buntar, berjumpa seseorang, rakan pena, berkongsi pendapat dan bertukar fikiran, atas ada perkara kecemasan, kematian, perjumpaan hanya sebentar, sambil menghulur buah tangan Perlis Indera Kayangan, Sinonim Negeri Perlis. Terkenal dengan mempelam Harum Manis, yang hanya mampu mendapat rasa segar, buah mempelam, yang rata ratanya diekspot ke Jepun dengan harga RM 25 sekilo harga diladang, CIF ke Jepun, Mahunya harga disana mencecah ratusan ringgit di bumi Tokyo.

Percikan itu pekebun kecil mengambil peluang, mendapat harga yang sama seperti keluaran Jabatan Pertanian. Tetapi aspek kualiti, tidak menyamai apa yang dilakukan Jabatan Pertanian, maka dapatlah buah yang matang dipetik, dan rasanya masam, dan juga buah yang mudah kecut dan isinya benyir.

Lantas, aku bergegas ke Sungai Kob, menyusur Jalan Valdor, menuju ke Kulim dan Sungai Kob, Karangan, Kedah.  Yang melucukan, nama tuan rumah khenduri terlupa pulak, kebetulan semalam, ada beberap rumah kenduri dikawasan berdekatan, dipanggil telefon tak berjawab, lantas aku terus menyusuri Jalan Selama, memasuki Taiping dan terus ke Kuala Kangsar. Sementelahan melalui jalan itu, kenanganku di depan mata, 1980, mulai menjejak kawasan ini, mulai membina karier, menyelia pembangunan tanah di projek Felda Gunung Bongsu. Disini aku membawa diri, mengenal erti kehidupan, selepas sebaik meninggalkan alam persekolahan, memasuki alam mencari kehidupan, belajar hidup berkendiri, belajar masak nasi, goreng ikan, siang ikan, almaklum, penempatan baru, tiada kemudahan untuk "ditunjuk" , boleh dapat, tambahan pula, dengan gaji pertama, dibeli motorsikal untuk kemudahan masuk ladang. Honda C70, tatkala itu berharga dalam RM 1300, tetapi dengan gaji kecil RM 440.00, pada awalnya nampak macam cukup, tapi bila dah bersendirian mengurus kendiri, kian menipis, gaji bulan , habis bulan , habis gaji. Seminggu sekali balik kampong di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, dan hanya dapat berbuat demikian selama 20 bulan. Keazaman menyambung STPM menebal, sebaik keputusan MCE, berbekalkan wang RM 100, dihadiahkan abang sepupu, Roslan Abu Bakar, duit itulah aku ke UNiversiti Book Shop di Hugh Low Street Ipoh, membeli buku buku teks Kertam Am, Bahasa Malaysia, Ekonomi dan Sejarah. Yang membezakan, aku tidak di sekolah, aku bergerak bersendirian, tanpa dibimbing untuk mengambil peperiksaan, 1983 aku hanya berjaya Priciple C Baha Malaysia dan Sejarah 1 subseed.

Telefon berdering, dari kenalanku, lantas aku jawap, "Hang tauk pi mana tepon hang, aku panggil 10 kali tak jawap, la ni , aku dah sampai Taiping, nak patah balik situ pun dan lebih 30 batu terkedepan, tiada rezekiku disitu". Lantas Abdullah menjawap, "Aku tertinggei tepon dalam kereta." Astaghafirullah. Lantas aku teruskan saja perjalanan menuju Kuala Kangsar.

  
Laluan ini, membina nostalgia silam, dimana ianya bermula, mengenal erti kemanusiaan, hati budi, rakan taulan, dan juga membina karier perkhidmatan. Aku tidak lama disini, sekitar 20 bulan, sebaik sahaja, fasa pembangunan selesai, lantas salah seorang lagi rakan, dihantar ke Felda Mata Air di Padang Besar (U). Perlis. Padang Besar, August 1982, seawal subuh, sebaik subuh, sudah ke pejabat, mengatur gerak kerja pembangunan, menyelia kemajuan kerja ladang, mesyuarat menerima arahan Pengurus., masa berjalan sehinggalah Mei, 1984, Kamarudin Aroff selaku Pengerusi Kesatuan Sekerja, datang ke pejabat, lawatan berjumpa ahli kesatuan, lantas menyapa sambil  mengorak suara, "Hei Lebai, hang tunggu apa, umur muda lagi, pi mengaji semula", kebetulan dia senior aku setahun, dia melanjutkan kursus Diploma Akauntansi", kebetulan tarikh tutup permohonan 2 hari lagi nak tutup, aku bergegas ke ITM Arau, di Bangunan Akademik, diisi Borang Permohonan, dan diserahkan semula. Aku memohon di Kajian Pentadbiran Awam dan Undang Undang. Doa di Multazam, dihadapan kaabah, pemergian Umrah pertama April, 1984, terjawap dengan penerimaan melanjutkan pelajaran pada Julai, 1984. Itulah kisah silam memulakan pengajian secara Luar Kampus, siangnya kerja, malam ke kelas, seminggu 4 hari. Hanya kekentalan ini sahaja yang boleh menerobos "tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", kelas seawal 6 petang, sebaik solat asar, start motor, menunggang hala ke Arau dari Padang Besar. 10. 30 malam, kelas tamat, ada yang berulang alik dari  Butterworth Arau Butterworth. Itulah motivasinya, apalah sangat, aku hanya berulang sekitar 30 km, mereka mengharung arus lebih 100 km. 



HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

-- 

-- 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan