Laman Utama

06 September, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa xv

Sebelum ini ada diperkatakan tentang harga, ya, mungkin pada masa itu yang disentuh hanya harga ayam dam daging, tetapi sebenarnya isu yang ingin ditimbulkan dan lebih kritikal adalah harga barangan yang sentiasa naik di negara ini. Beberapa hari lalu harga minyak Ron 95 dan Diesel telah dinaikkan 20 sen. Alasan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah untuk mengurangkan subsidi dan hal ini akan menjimatkan kewangan negara, 1.3 bilion kata PM.

Reaksi orang ramai pelbagai, yang jelas majoritnya rasa tidak berpuas hati,  biasalah apa jua harga yang naik tidak akan disambut dengan baik. Semasa harga rokok naik pun macam tu juga tetapi pembeli rokok makin bertambah. Dalam pada itu ada yang menyokong subsidi ini dipotong kerana inginkan rakyat negara ini jangan dimanjakan dengan subsidi. Dalam keadaan begini sikap meminta-minta rakyat perlu diketepikan, itu kata mereka tetapi tidaklah salah pula untuk meminta-minta undi mereka semasa PRU. Tidaklah ingin mengulas kewajaran memotong subsidi minyak, kerana ini semua di tangan kerajaan. Negara ini memang banyak memberi subsidi kepada rakyatnya, cuma rakyat tidak sedar hinggakan setiap barang diberikan subsidi tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Rasanya itu salah satu tanggungjawab kerajaan?

Yang klise, apabila dinaikkan harga minyak mulalah dibuat perbandingan harga dengan negara lain. Tujuannya jelas untuk mewajarkan kenaikan itu. Minyak di negara ini lebih murah daripada negara-negara tertentu malah dikatakan kelapan termurah di dunia.  Betulkah harga  minyak di negara ini berkedudukan demikian? Disenaraikan tujuh negara di atas negara ini, tetapi rasanya ada lagi negara-negara yang harga minyaknya lebih murah daripada negara ini, yang terasa, harga minyak di Brunei itu pasti lebih murah daripada negara ini sekalipun dikirakan pertukaran matawang. Dalam senarai itu kita mengatasi Brunei!

Kebiasaannya, harga minyak naik akan turut naik sama harga barangan. Hal ini tidak boleh dinafikan, kenyataan menteri juga mengesahkannya dan akan bertindak ke atas sesiapa yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Klise juga kenyataan ini sebenarnya, boleh rasa mual dibuatnya kerana tiada yang beza sebelum ini apabila harga minyak dinaikkan. Ada waktunya seperti menguji keintelektualan kita. Ya, suara kita ini tidak ke mana? Bagai anjing menyalak bukit, tetapi kalau dipendam tidaklah elok juga, binasa nanti. Cuma ia luahan rasa, tak salahkan?

Rasanya kita telah melalui fasa  seperti ini (harga minyak naik)  berulang kali, benar kita berjaya menempuhinya.Cara dan gaya hidup kita pun berubah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ada yang berusaha keras dalam urusan mencari nafkah hidupnya untuk mencapai keseimbangan dengan kos  yang meningkat tetapi tidak semua berada dalam kesempatan dan peluang yang sama. Akibatnya, kos yang meningkat ini akan menyempitkan kehidupan mereka. Rasanya keberadaan itu menjadi penentu dalam ruang yang kian menyesakkan ini.


Amir Md Akhir
Putrajaya








-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

01 September, 2013

[7378] Selamat Malam & Semoga Mimpi Indah

Sebelum mata terlelap dan terpejam

Sebelum langit merubah menjadi kelam

Malam ini kan kukongsi lisan menjadi tulisan

Agar engkau disana tidur dengan hati yang tenang

 

Sebenarnya banyak yang ingin ku ucapkan

Namun biarlah sekadar ungkapan tanda ingatan

Bersama iringan doa untuk mengharungi lautan mimpi

Aku selalu berharap kita akan bersua kembali

Dengan lantunan kabar suka mau pun duka

 

Selamat malam buat semua sahabat hatiku

Moga Malaikat mengirim mimpi indah buatmu!

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

24 Ogos, 2013

[7378] Perjalanan Yang Semakin Hampir

Tempoh perjalanan umur dan laluan yang pelbagai, melalui ranjau dan onak, sudah semakin hampir. Detik demi detik, berlalu persis deruan angin mulai dengan sepoi sepoi bahasa, dan akhirnya menjadi puting beliong memusnahkan apa yang menjadi halangan. 

Disepanjang minggu lalu, beberapa protes menjadi tragedi, simbolik diberi bunga dibalas tuba. Disejarah sepanjang zaman, askar dan pasukan keselamatan, seharusnya menjaga keselamatan para rakyatnya, dibunuh dengan taburan peluru hidup, bergelimpangan, dibumi para anbiya', laksana Fir'aun menghambat Musa ke Laut Merah.

Zaman berubah, namun kisah kisah seperti tentera Tartar memusnahkan tamadun dibumi Iraq, sehingga Sungai Furat dan Tigris dipenuhi warna warni dakwat dan darah. 

Namun kejadian dibumi Mesir, tentera dan polis, menjadikan rakyatnya sebagai batang pisang dan perisai. 

Dunia sudah menjadi pelik dengan krisis nilai, yang dikalung bunga dibalas tuba.

Mungkin inilah penghujung jalan, dengan jalan jalan yang penuh berselerakan dengan pembunuhan kejam, berperang dengan rakyatnya sendiri, tanpa senjata.

Hanya airmata yang mampu disaliri, diiring doa doa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

08 Ogos, 2013

[7378] SHRMZB

Selamat Hari Raya.... 

Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one? 

Jackfuit just outside the yard,
With bamboo stick give it a whack;
Salam aidilfitri from the bottom of my heart....
������������������������������������������������������
                                       Slmt Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

07 Ogos, 2013

[7378] Ramadhan Berlalu Syawal Menjelang 1434 Hijrah

Masih ada lagi dikalangan rakan rakan yang masih punyai kedua orang tua, yang telah kehilangan, tinggal pusara yang bakal dikunjungi. Menjadi trend Hari Raya disebelah sini, suasana murung ini yang diketengahkan, pada hal, hari itu adalah hari kemenangan, dan nada nada takbir di tunekan dalam nada meleret syahdu.

Pabila detik detik itu kunjung tiba, laungan takbir sama ada di masjid, surau, dicorong corong tentuang udara, berkumandang dengan nada syahdu, kembali mengingatkan kisah kisah silam. Teringat pada suasana silam, ragam dan kisah kisah pilu, serta dilayani dengan Lagu Lagu klasik melayani epik kesedihan. 

Begitulah dikalangan ragam ragam kita melayani perasaan, bagi yang ketiadaan kedua orang tua, kampong halaman di jengah, meleraikan rasa kerinduan keatas kisah kisah duluan, yang pastinya, kita hanya mampu ke hadapan, tolehan ke belakang hanya meninggalkan kesan nostalgia silam.

Sugul dan keletihan, mengenang kisah kisah yang silam

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

06 Ogos, 2013

[7378] Terkenang ajer ler


Bila muler puaser
pasti ada bubor lambuk ngan pencuk
pasti terkenang dan teraser
nak bslik Kualer, dah tua asyik tersangkut

lepeih berbuka ngelior ke Kualer
cari tin susu untuk buat panjut
dah jauh kini, terkenang lakse
nak makan takut kuah meleleh kat janggut

tak mau penat, dok kat Rex atau Cathay
kendian sangkut kat Ghee Kheeng
ader ker kawan nak balik kampung takut kener karater
nak habor takut kener tengking

puaser seminggu nebang buluh
melilor kat Kualer cari dawai
dok diam-diam jangan mengeluh
nak kemanerpun kini, langkah terkawei

merayap ke Bazaar nengok kad rayer
ke Ally Store teruih ke lembah
lebuhraya kater demer bahaya
penat mandu, redah jangan sampei tumpo rebah

Dari lebah ke Padang Kanak-Kanak
buang maser tunggu berbuka
zaman ini makan sampei senak
lepeih makan terbungkam ternganga

pakat ngan kengkawan ke Tepen, Larut Matang Supermarket
sorang mbeli, yang lain buat hebuh
sorang mgambik duit seluk poket
3 4 helei seluor jeans supermarket lebuh

10 puaser bintang dah digantung
juei tepi jalan cari duit
kalo dulu mak bapak nyeluk tong
nak tempah baju rayer, mak ler kener kuit

malam 27 riuh rendah
Kota Lama Kiri tumpuan kita
habis kawasan malam tu kita redah
zaman sekoloh maser bersuka ria

Bila nak balik, tertinjo-tinjo
ngala kemaner, ikut bini ker?
apa nak dihiror
kat manerpun rayer, masa tue ni dah tak berkirer

Salam Hari Raya
Maaf Zahir Batin 
kalo setahun teman terlepeh kata
ni minta maaf ler,dari kepala sampei ke ketin

Salam Hormat
Yasin Ismail




-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.