Laman Utama

17 April, 2012

Anjakan Paradigma: Dilema Negara Membangun Ke New Industrialised Countries (NIC)






:-) S G T 10.1


-------- Original Message --------
Subject: [7378] Anjakan Paradigma: Dilema Negara Membangun Ke New Industrialised Countries (NIC)
From: hishamudin.alli@live.com.my
To: Cliffordian Mail <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:


Terusik dengan laluan anak anak muda menjinjing bahan bahan untuk promosi astro, mencari pengguna pengguna astro untuk menaik tarafkan ke Beyond, dengan promosi pelbagai, dipakejkan dengan bundle movie, dengan tambahan RM 20. Berjalan berkumpulan, mengetuk pintu tuan punya kedai, sambil memerhati gelagat mereka, dengan rasa hambar dan memek muka yang kucar kacir, boleh saja, seharian hari ini, terlepas "soru", ataupun "termakan modal", terasa sayu juga melihat gelagat mereka.

Tapi itu adalah fenomena di ambang abad ke 21, bermula dipenghujung abad ke 20, kegawatan melanda di Asia Tenggara, ditambah dengan projek projek "gajah putih", yang tidak memberi pulangan ekonomi untuk dipusingkan dalam sistem ekonomi.

Tersentak dengan fenomena ini, yang aku juga adalah sebahagian daripada mereka, kehulu hehilir mundar mandir, mencari , atas nama "compliance", tapi persetan dengan istilah itu, yang tidak diendahkan, maka diburu oleh pihak berkuasa dengan saman saman untuk dijawab di mahkamah. Pabila sampai ketikanya, maka ditanyalah yang kena tuduh, "kenapa kamu  panggil hujan", jawab sikena tuduh, "bukan aku yang panggil hujan, katak yang panggil hujan." ,  maka si katak jugalah yang jadi penyebab, pabila si katak ditanya, "kenapa kamu panggil hujan, lantaran jawab sikatak, ular nak makan aku".

Katak memanglah makanan ular, analogi ini, dipusing pusingkan melalui lingkaran setan, kebalikannya kembali kepada kita semua, yang hidup selaku pengungsi jalanan, walau apa nama dan gelaran.

Selagi hayat dikandung badan, berusahalah, nak makan nasipun, asasnya kena cari dinarnya untuk dijadikan tukaran, kecuali, ada yang namanya sianak kecil, yang tahunya, menangis pabila kelaparan, sesudah kenyang "memberakkan lebihannya",

 






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan