Laman Utama

02 April, 2012

Re: The Good The Bad & The Ugly

From: "hishamudin.alli" 
Sent: Sunday, 11 March 2012, 11:57

Bab siapa yang kena, dalam banyak banyak keadaan, yang jadi mangsa keadaan, selalunya, yang memikirkan hasil diluar kotak, nak kaya cepat, nak lupuskan hutang menimbun, walhasilnya selalulah terkena "kona".

Sudah acapkali terkena dengan " kona", walaupun insidennya sudah 13 tahun berlalu, sudah cukup mengajar erti dan alam "kona". Tetapi kena awas, "jerat tidak pernah melupakan pelanduk".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 11 Mar 2012 00:57:17
Subject: Re: The Good The Bad & The Ugly

Dalam ilmu psikologi, pelbagai pendekatan dicuba dan dikenalpasti mengenai kepalbagaian ragam dan kerenah kemanusiaan. Kategori seperti tajuk, "The Good, The Bad & The Ugly", jika di sub kategorikan, punyai pecahan yang pelbagai, dan pelbagau pendekatan untuk disolusikan.

Ilmu ilmu ini boleh saja di "generalise" kan pada menilai aqal budi pada menghadapi situasi kehidupan, urusniaga, dagangan dan lain lain muamalat seharian.

Pada masa kita menilai, kita juga dinilai oleh orang yang kena nilai. Namun yang pasti, "siapa yang kena".....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 10 Mar 2012 22:47:00
Subject: Re: The Good The Bad & The Ugly

Lingkaran kehidupan, adalah umpama "roda roda impian", adakala kita diatas, dimasa yang lain, kita terperosok ke bawah, pabila diatas, kita seharusnya melihat sketsa kehidupan dan kesukaran yang dibawah. Dan suasana kita apabila berputar dibawah, lakukan "adjustment", segera keatas gaya hidup seharian.

Dalam kebejatan ekonomi dunia, dan kehidupan globalisasi, sesuatu kejadian menimpa di negara lain, mengakibatkan, tempiasnya juga menimpa disekitarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 10 Mar 2012 22:33:44
Subject: Re: The Good The Bad & The Ugly

Seharian, pagi hingga petang sehari sebelumnya, bumi lembah kelang ditimpa hujan lebat, melebihi 2 jam, dan "benchmark" ini, menjadikan banjir kilat berlaku dibeberapa kawasan, diibukota, terowong smart ditutup, yang menggusarkan macetnya dijalanan disekitar ibukota. Arus pembangunan infrastruktur, disekitar ibukota, menyumbang derasnya saliran air di parit parit yang melimpahkan air dijalanan.

Dihujan  hujan begini, penoreh getah bercuti , dan pesawah pula tersenyum riang, menikmati kehijauan bumi setelah disirami hujan.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: The Good The Bad & The Ugly
Sent: Mar 10, 2012 11:09 AM

Ada 3 persimpangan pilihan dan juga penilaian, dalam apa jua kriteria yang ditetapkan oleh masyarakat umum. Penilaian dan dinilai oleh pihak yang ketiga punyai penilaian "orang buta mendefinasikan seekor gajah",

Kuala Kangsar, renungan 30 tahun silam, banyak mengukir peristiwa dan kisah kisah silam. Ku selami penghuninya, tercengang, dan tiada sesiapa menyapa kehadiranku. Aku telah jadi orang asing bagi penduduknya.

Sireh pulang ke gagang, yang dulunya, kehadiran ibu saudara, sepupu, sepapat, saudara mara, namun kini, giliran kita menjadi "tok ketua", sudah keguguran serba serbi, hanya menanti rebah, menunggu kepulangan yang pasti.

Kesempatan bersama, hanya sebentar, sesekali menjengah bertanya khabar. Dihujung usia, kenangan silam dibuai fengan nostalgia silam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan