Laman Utama

08 Julai, 2011

Keuzuran Di Usia Emas

From: "hishamudin.alli@live.com.my" 
Sent: Thursday, 7 July 2011, 23:15

Kesihatan, ruangnya waktu untuk kearah kehidupan yang sejahtera, adalah suatu nilai yang tiada tolok bandingnya dengan nilai banyaknya harta benda dan kesenangan dan kelazatan lainnya. Terasa benar, disisi meniti usia emas, kesasaan dan kegagahan mulai luntur dengan layu dan longlai mengorak langkah.

Harta benda yang dikumpul diusia muda, dijadikan cagaran untuk bil bil perubatan yang kian menuntut untuk dilunaskan, segala yang dikaitkan dengan makanan kesihatan dicoba, dianalisa keberkesanannya, lebih lebih lagi daya ketahanan kita di usia ini telah saban waktu dan ketika makin berkurangan .

Tenaga tenaga ekstra, melalui makanan tambahan diperlukan untuk mengimbang semula, kekurangan yang tidak diganti secara semulajadi, ketuaan dihadapi dengan laluan yang simpang siurnya menggunung dan dilalui dengan cerunan yang tinggi.

Manakala tenaga masih ada, ikhtiar dan keupayaan yang ada, diabadikan untuk sihat seusia emas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan