Laman Utama

15 Julai, 2011

Re: My deepest and fullest sense of appreciation to theChairman and the Organising Committee

From: "hishamudin.alli@live.com.my" 
Sent: Sunday, 10 July 2011, 23:24

Walau terkebil kebil, akibat malam sebelumnya, kepanasan makan durian, sudah hampir subuh, sudah mulai pulak mengantuk, walaupun terdetik dihati, hari yang dinantikan untuk upacara kegemilangan yang telah diatur sebelumnya, 2hb Julai, tapi ditunda 9 hb, kebetulan pula, dihari yang sama, ada acara berasingan di ibukota, yang menyaksikan berbondong bondong rakyat berkumpul disekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Berlakunya insiden , hatta ada yang menemui kematian, tangkapan diatas nama perhimpunan haram, dari media media yang memaparkan, seolah berada dikawasan zon perang, berperang dengan sisitem sistem kontra, ada protoganis dan antoganis, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu, yang dipaparkan itu, membobrokkan sistem nilai, menuding jari antara satu sama lain, yang rugi nya , yang jelasnya, pembayar cukai, yang dilambungkan segala kos perlaksanaanya pada pembayar cukai, yang cukai kepelbagaian bentuknya, kita semua dihantuk dengan keruntunan poket poket yang mulai tandus, keseimbangan antara keluar-masuk tidak seimbang.

Namun, kita yang merasai kebebasan hakiki, telah terencat dengan kepelbagaian ketidak bolehan serba serbi, mujur lah "kuning" yang dipakai dikalangan kita di sekitar upacara sambutan, menceriakan keadaan, namun yang disekitar ibukota "kuning", diisytihar "perang".

Bagi Pengerusi Jawatan Kuasa Program, yang diatur, dan dirancang beberapa bulan terdahulu, terlerai dengan hadirnya sebahagian besar rakan rakan lama, serasa, menghadiri di Dewan Hamdan, terngiang ngiang suara suara yang pernah di dengar 33 tahun dahulu, masa berlalu, dan kita yang masih berbekal ini, masih memerlukan daya juang membangunkan Koperasi, agar Koperasi ini berdiri sama tinggi dan duduk sama seiring dengan organisasi lain yang awalnya adalah lahir dari "pembinaan idea", yang akan melalui evolusi zaman, berdiri tegak mengharungi zaman.


Selagi ada hayat, disitulah usaha dan ikhtiar berterusan. Selagi hayat dikandung badan.

Tanjung Malim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan