Laman Utama

05 Oktober, 2011

Malam Yang Panjang

From: hishamudin.alli
Sent: Friday, 9 September 2011, 20:20

Sambil beristirehat dan santai dengan keluarga, bagi yang ada, dan yang bujangan pula, menghabiskan permulaan hujung minggu dengan acara acara meluruskan fikiran yang rosot, sebaik sahaja menyambut perayaan, dan memulakan kerja kerja yang perlu diuruskan disepanjang minggu.

Rehat dalam ertikata sebenarnya adalah pemindahan dari alam dunia  kepada alam yang kekal. Selagi ada hayat, kita berterus terusan merancang, melaksana, mengukur prestasi, membetulkan yang mana pincang, dan terus terusan berjalan menurut paksi kehidupan.

Kehidupan yang terkeluar dari rel, pastinya terbabas di pertengahan jalan, perlu bangun semula, berjalan, bertak tih semula melalui roda roda kehidupan.

Esok pula ada kehidupan baru ditemui, ketemu dengan permasalahan baru, cuba diselesaikan, dan jika ada yang terluang dan tertangguh disana sini, memberi ruang untuk kita "process reengineering" semula, dan jika prosesnya tidak kemana memerlukan "overhaul", dan itu juga tidak menampakkan perubahan jitu, memerlukan digantikan halacara baru keseluruhannya.

Begitulah ehwalnya, menghadapi suasana malam yang panjang, sementara menunggu cahaya disiang hari.

------Original Message------
Subject: Re: Malam Yang Panjang
Sent: Sep 9, 2011 4:07 AM

Dalam urusan seharian, urusan perdagangan dan pengurusan sama ada, selaku peniaga, selaku pekerja dan juga selaku majikan, masing masing punyai SOP nya tersendiri.

"Willing buyer and willing seller" punyai pelbagai takrifan dan punyai makna tersendiri bagi setiap aktor yang terlibat dengan sesuatu urusniaga.

Bagi sipelaku yang sudah separyh abad dalam melalui kehidupan, pelbagai asam garam dan rencam pasang surut sesuatu keadaan dan persekitaran. Adakalanya sikap berhati hati dan waspada, adalah lebih bererti dalam kualiti kehidupan diusia senja. Sesuatu tawaran yang terlalu bagus dan cukup baik sekali, lambat launnya membawa kemudharatan pada diri sendiri, apabila. Janji dan hanya tinggal janji.

Manusia dipegang pada janji, tapi janji yang tidak ditunaikan telah memelaratkan orang yang dijanjikan. Sehingga ampuh dan gemalainya janji itu, dinanti selaku menunggu buah yang tidak gugur, rupa rupanya buah yang tampak dari bawah, adalah tinggal kulit diluarannya, isinya telah ditebuk tupai adanya. Pabila ianya gugur, hanya sambang kesemuanya.

Walaupun senantiasa berhati hati dan waspada, rupa rupanya, yang mencari mangsa ini adalah operasi dan perancangan mereka yang dilakukan tanpa henti dan sentiasa memperbaiki mutu persembahan mereka bagi memperdayakan mangsanya.

Yang menjadi mangsa kegiatan sebahagian makhluk perosak ini, merosakkan seluruh sistem nilai dan leluhur insan, yang menghadapi masalah berpanjangan dalam kehidupan.

Disebalik malam yang berpanjangan ibarat tinggal dikutub, melalui 6 bulan dalam keadaan gelap, dan menunggu cerah untuk 6 bulan kemudian. Malam inilah bicara insan insan berjiwa goyim, bertopengkan manusia, hakikinya selaku kerbau balau berkubang di perkebunan.

------Original Message------
Subject: Re: Malam Yang Panjang
Sent: Sep 8, 2011 11:24 PM

Apabila suasana kegelapan malam, maka berduyun duyun pula kutu embun dan kupu kupu malam, mencari medan medan berkeliaran, mencari dan tercari akan habuan dan laba untuk mencapai impian dan laba dalam kehidupan, ada yang berimpian, ada yang mengikuti naluri, ada yang pelbagai tujuan.

Ada yang keinginannya berpayung pada impian kehidupan yang diluar kemampuan, dan untuk membolehkan ianya mampu, maka berpeleseran mencari mangsa untuk dijadikan gadaian, demi mencapai hajat dan cita cita, yang merana adalah mangsa, yang teruja walaupun hanya sebentar, mampu dicapai, walaupun hanya seketika.

Demi malam yang menempuh kegelapan, makhluk makhluk halus menjadi tentera kepada medan perang, yang kerjanya menghasut dan hasil hasutannya memusnahkan insan yang tercari cari arah kehidupan.

Sungguh sukar situasi itu, disepanjaang kegelapan malam.

------Original Message------
Subject: Malam Yang Panjang
Sent: Sep 8, 2011 12:13 AM

Kegelapan malam, diredah dari ufuk utara, menuju ke ibu kota, mencari secebis rezeki, demi menyara kehidupan untuk sesuap nasi, untuk menyambung kehidupan yang serba serbi pancaroba.

Mudah bagi yang ada pengertian dalam mencari laba laba kehidupan, tidak juga mudah bagi yang masih tercari cari cahaya menuju kearah kegelapan malam.

Saban tahun, ditemui rencah dan rencam liku liku hidup, yang kompleks, dan keterbasannya ditempuhi jua.

Tidak mudah menghadapi itu semua, lebih lebih lagi diusia emas yang tenaga berkurangan, walau apa sahaja suplemen diambil, namun kekurangannya makin dirasakan. Ibarat meluncur kenderaan tua, yang lambat laun menunggu hari untuk menatap kebobrokan.

Kuala Lumpur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan