Laman Utama

13 Oktober, 2011

Salam buat Razali

Sent: Thursday, 13 October 2011, 13:35

Seikhlasnya buat saudara Razali

    Kehilangan isteri saudara menyentak lamunan saya. Ingatan berputar jauh kepada tarikh-tarikh seperti 2 Dis 83, 5 Ogos 84, 21 Jun 85 dan 5 Dis 85. Tarikh dan tahun ini segar dalam ingatan dan kerap saya imbaskan apabila "lidah ini tergigit" kerana waktu-waktu itu Dia adalah segalanya.
    Rindu itu sentiasa tebal kepada kekasih yang pada 21 Jun 85 kami bernikah dan persandingannya pada 5 Dis 85. Lain-lain tarikh adalah rentetan ikatan kami.
    Pastinya walaupun tenang (saya tahu dari zaman persekolahan, saudara sentiasa tenang walau kerap diganggu) kehilangan orang dikasihi sangat amat terasa. Saya harap saudara tabah menghadapi situasi ini. Anak-anak yang tinggalkan dari 'benih cinta' memerlukan kekuatan dan pada saudaralah tiang kekuatan anak-anak menghadapi saat-saat kehilangan ini.
    Mungkin saya tidak mampu buat ketika ini untuk kehilangan sang isteri itu yang selama 26 tahun bergelut dan berjuang menghadapi kerenah dan sibuk saya. Berhadapan dan menjadi penampan resah-rungut saya. Saya pastinya hilang arah jika saat ini menghadapi yang apa sedang saudara lalui.
    Allah Maha Mengetahui, siapa yang perlu pergi dahulu, siapa yang perlu tinggal untuk meratap dalam resah-sunyi.
    Saya doakan yang terbaik untuk saudara sekeluarga. Salam takziah dari saya. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Amin

Salam Hormat
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan