Laman Utama

16 Jun, 2012

[7378] Dulu Kini Dan Selamanya

Slogan ini bukanlah mengenai slogan yang selalu difahami, ianya adalah gambaran senario pergerakan ekonomi di dasawarsa terkini. Keadaan kucar kacir dan mundar mandir pergerakan ekonomi, mahupun selaku individu, ahli perniagaan dan korporat, imbangan dagangan dan aliran tunai adalah merupakan nadi dan pusat pengukuran sesuatu keadaan.

Kesukaran menembusi pasaran baru adalah antara faktor utama, dan banyak pesaing pesaing industri dan perkhidmatan, meruwetkan keadaan kek ekonomi yang dikongsi, menguncup dan makin mengecil.

Gawat ekonomi adalah suatu yang menyugulkan kesemua pihak, berpindah antara segmen segmen pasaran, dan ramainya pemain, menyukarkan keadaan. 

Hari hari esok masih menyugulkan,  namun ikhtiar terus diusahakan, agar pergerakan terus mendatar, agar jangan menurun mahupun terus menjunam.

Perpindahan sektor juga amat meruncing, selama mana pengetahuan keatas sektor yang ingin diceburi, memerlukan pengetahuan jitu dan asas yang kukuh untuk terus berdaya saing.

Statistik menunjukkan penguncupan, yang gulung tikar lebih banyak dari yang memulakan perniagaan baru. Pelajaran 1997 masih menghantui kebuntuan itu, adakah aku salah memileh sektor?

Pulau Pinang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan