Laman Utama

13 Jun, 2012

[7378] Metropolitan Kuala Lumpur

Di sekitar akhir 70 an, ketika itu, masa baru sahaja meninggalkan alam persekolahan, sibuk sibuk mencari kerja untuk menyara kehidupan. Kuala Lumpur adalah medan utama ketika itu, mencuba nasib setelah habis MCE, menunggu keputusan. Apalah sangat yang boleh, yang ada jadi pam attendan di setesen minyak. Dan lantaran keluar keputusan MCE, bak kata suami kakak pupu, "boleh sijil bola sepak jer la keputusan macam tu", nilaian ketika itu, yang berkelulusan baik, masuk universiti, atau ke matrikulasi, yang ke tingkatan 6 di sekolah sekolah bantuan penuh kerajaan. Tapi pada era ini, boleh saja di IPTS, kebanjirannya, macam cendawan tumbuh di musim hujan.

Nak dilanjutkan tiada kemampuan ketika itu, lantas aku ambil keputusan, terus saja menerima lamaran kerja di Felda, selaku Penyelia Pembangunan Tanah.

Sekitar era itu, diakhir tahun 70 an, kebanjiran pekerja asing hampir tiada, kecuali di restoran restoran nasi kandar. Kepesatan pembangunan infrastruktur, bangunan pencakar langit memerlukan tenaga kerja, kebanjiran pekerja asing, lebih lebih lagi dari negara jiran, mengubah senario metropolis Kuala Lumpur. Datangnya dari seberang.

Jarak 30 tahun meneliti dan diketengahkan dalam kehidupan seharian, mengubah senario dan perspektif kehidupan, akibat arus yang panjang, lebih satu generasi, terkejut dengan kerenah dan sketsa profil pekerjaan yang dilakukan anak bangsa, asas "boleh" dan "tidak boleh" gagal difahami. Asal saja "cari makan", kais pagi makan petang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan