Laman Utama

26 Jun, 2012

Tahap Pemikiran Baru

Disana sini kita sedang berhadapan kemelut kepincangan pengurusan, sama ada perancangan yang dirangka tidak menjadi, mahupun ketetapan serta iradatnya tidak diizinkan PenciptaNya, yang serba serbi Maha Mengetahui, atas perancangan manusia, yang punyai kelemahan serta alpa dalam tuntutan kehidupan. 

Manusia merancang dengan kepelbagai strategi, namun pengetahuan insan dalam mengurus tadbir, menurut neraca ketentuan Pencipta tidak kesampaian pemikiran kritis manusia menongkah arus keatas ketetapan insan. Hatta dikumpul ketumbukan pemikiran terbaik, namun apa yang dilalui kelihatan hambar dan ketulusan bertindak menampakkan ketempangan tindakan.

Serba serbi menjadi celaru, dan tuntas kecelaruan ini meruwetkan keadaan yang sedia pincang. Walhasil, sesat dipertengahan jalan, balik ke pangkal jalan, agar sesat dipertengahannya, ada baiknya dimulai dengan fasa tindakan dimulai dengan tindakan baru, yang lebih selamat, dari meneruskan kecelaruan yang tidak berpenghujung.

Apalah sangat tentang kita, setelah kecelaruan yang hampir setengah abad, menyusun langkah dan tindakan pelbagai, undur kebelakang, tidak memungkin kita tewas, selagi hidup, disitu adanya ikhtiar baru.

Kita memerlukan kenderaan baru, serta dipandu dengan tenaga baru, yang mana kenderaan usang berwajah baru, tidak memungkinkan kita mampu mencapai destinasi jauh, sesat ditengah diundur semula diawalannya, ditegakkan semula pacuannya, steering yang betul arahnya memampukan kita capai destinasi yang betul diakhirnya.

Selamat Berfikir.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan