Laman Utama

12 Julai, 2012

[7378] Dendang Perantau - posted by Hishamudin.Alli

Separa sedar, sudah hampir 35 tahun meninggalkan tempat dimana tempat kecil kecil main api, satu generasi membina kehidupan, nun terpelanting di utara semenanjung, membina kerjaya dan kehidupan. Sesekali pulang ke gagang, menyesuaikan "telo dan irama", bahasa kuale, yang asing bagi yang diutara semenanjung, kecuali sesekali terserempak dengan yang mencari maklumat maklumat primar mengenai dunia niaga di sebelah utara.

Pabila bulan ramadhan menjelma, nostalgia datang kembali, terkenang kisah kisah silam, sejak zaman anak anak membesar, dilalui pelbagai ragam, ada yang punyai ibu ayah, tinggal bersama, ada yang dari kecilnya diasuh oleh opah, dan emak saudara, dan ada yang menetap dengan abang mahupun kakak, dan kepelbagai metod dan cara pembesaran dan juga kelainan dalam pengalaman mengharungi liku liku kehidupan.

Dikala bulan Ramadhan inilah, yang kerap menjelajah diceruk ceruk kampung, sambil menunggu detiknya siren berbunyi, bebenang putih meninggalkan pergi dan bebenang hitam menjelma, membolehkan yang berpuasa berbuka.

Ramadhan kali ini, sudah hampir memasuki fasa orang tua, rambut hitam yang menyusur keputihan, sebagai ingatan, aku sudah tua, dan bakal dipanggil pulang bila bila waktu. Adanya ruang waktu dan kelapangan kelebihan rezeki, menenggadah ke hala matahari jatuh, kerinduan keatas hakiki kehidupan, sambil adanya kesihatan fizikal yang memampukan diri untuk pergi.

Peredaran masa telah menentukan, kita bakal pergi mengikut jejak jejak yang telah pergi terlebih dahulu. Adakah Ramadhan ini kali akhir bagi ku.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan