Laman Utama

26 Julai, 2012

[7378] Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan (... oleh Sham)

Sesekali harus juga diajar akan rentetan hidup orang kebanyakan, macam selepas keluar sekolah menengah, merayap di kotaraya Kuala Lumpur, spot yang acapkali dilalui, Jalan Hang Tuah, kuarters bomba didalamnya, menumpung dirumah kakak sepupu, menurun melalui setesen bas klang, setesen keretapi, benteng, jalan tunku abdul rahman, merayap rayap dengan laluan kaki, terserempak dengan kedai spesialties jual bag, kebetulannya, sambil mencari beg gendung pelancong, ditempatkan dibelakang, sambil berjalan, dan santai.

Kuala Lumpur, punyai pelbagai barangan keperluan asas, asal saja pandai mencari, serta kadar jualan yang manasabah.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 25, 2012 11:08 AM

Warna warni KTM Koc dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, banyak notis pemakluman tertampal di dalam, diluar koc, warna warni nak pilihanraya.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 25, 2012 10:37 AM

Aku teringat semua, tatkala di Tingkatan 2, itulah kali pertama aku menaiki keretapi menuju ke Kuala Lumpur, berbekalkan tambang yang dikirimkan ibu kandung untuk ke Kuala Lumpur, dia telah menetap di Kuala Lumpur sebaik sahaja bercerai dengan bapaku, tatkala sebaik sahaja melahirkan. 

Mati hidup, cerai berai adalah suratan takdir. Hari ini, aku bersendirian di stesen Kuala Lumpur, menuju Shah Alam, tugas masih perlu dilaksanakan, selagi masih ada kudrat melaksanakan. Lebih lebih lagi di akhir akhir ramadhan, jika ada rezekinya, menuju ke baitullah, atas undangan sponsor korporat. Doaku semasa tawaf wida' May lalu, terkabul untuk menziarahi lagi baitullah.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 11:08 PM

Detik detik ramadhan, dizaman kanak kanak dan remaja, memang menyeronokkan, maklum, tiada apa nak difikirkan kebertanggongjawaban, semuanya dipundak yang dinamakan ibu mahupun ayah, beruntung pada yang masih ada ayah dan ibu sedari kecil, membesarkan hingga dewasa.

Bagi yang tidak punyai pengalaman itu, dibesarkan oleh nenda, ibu saudara, dan dikelilingi oleh abang pupu, kakak pupu, dan keponakan yang lain.

Semua itu adalah bekalan menghayati hidup sementara kita membesar dan membina hidup sendiri kemudiannya.

Jangan gundah akan kisah kisah silam, semua itu adalah persediaan mendewasakan individu, agar menjadi individu yang bertanggongjawab pada diri sendiri dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan