Laman Utama

17 Julai, 2012

Fwd: [7378] Re: Kembali Kepada Kehidupan Yang Asas

Sesekali menapak kaki dan merasai, kebanyakan masyarakat marhain menjalani kehidupan, berpusu pusu ke stesen keretapi, dari hentian Shah Alam ke Kuala Lumpur, waktu kebanyakannya pulang kerja, tersentak juga, agak agaknya kena berdiri sepanjang ke Kuala Lumpur kah?, rupa rupanya kebanyakannya masih belum sampai waktu mereka pulang, aku tinggalkan Kompleks PKNS ke stesen keretapi di Seksyen 19, waktu itu baru jam 5 30 petang, gerabak masih banyak kosong, sampai disetesen Kuala Lumpur sekitar 6 30 petang.

Sambil melenggang dengan jinjingan lapuran lapuran yang perlu dibawa balik untuk serahan kepada SSM, dan itu juga adalah komoditi untuk dijual untuk kutipan wang untuk rancangan survival berpanjangan di sektor perkhidmatan, ianya akan menjejaskan pungutan, lebih lebih lagi untuk tempoh bulan Syawal hingga selesai Hari Raya Haji.

Dari stesen Kuala Lumpur, menyusur keluar ke Dayabumi menuju Central Market dan ke Petaling Street, rupa rupanya ramai orang disitu, banyak dagangan, yang mampu milek di perolehi, aku tersangkut disitu, terlihat ada shiling lama yang merupakan hobby zaman sekolah, dan kekal sehingga hari ini. Entah shiling imitasi atau pun sebaliknya, diluar pengetahuan. Ambil sajalah, bagi penggemar pengumpul zaman silam.




------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Kembali Kepada Kehidupan Yang Asas
Sent: Jul 16, 2012 5:11 PM

Pergerakan ekonomi yang pasang surut, menyukarkan unjuran dibuat keatas pelancaran sesuatu permasalahan dunia dagang yang berubah, dari kehidupan yang boleh dicapai dengan berasaskan kehendak, berubah kepada keperluan semasa. Sejak akhir akhir ini, pasaran yang menguncup, menyukarkan tindakan dan capaian kehendak tidak dilunaskan menurut kebiasaan.

Angka tunjuk indeks, sudah tak dapat dijadikan asas, yang pasti kemampuan untuk membeli sudah berkurangan, bagi yang terasa himpitannya adalah dikalangan peniaga SME, mahupun ada dana menerusi SME Bank, namun bagi peniaga peniaga ini harus melepasi beberapa kriteria, bank perlu menilai, kemampuan SME berkenaan, Lambat laun penilaian yang sebegini memerlukan kaca mata jurukira bertauliah untuk memperolehinya.

Semuanya memerlukan dana untuk disediakan, sedangkan yang putus dan patah galah mendayung kehulu, sampan hanyut semula kehiliran.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan