Laman Utama

24 Julai, 2012

[7378] Kuala Kangsar Dalam Ingatan

Pekan Kuala Kangsar, punyai lagenda tersendiri, aku sejak berumur 7 tahun telah berulang alik dari Kota Lama Kanan dengan bas sekolah berlambangkan GEGS, tambang ketika itu ialah RM 6.00 sebulan, sebaik subuh, dengan pelita kantong menyusuri ke jalan besar, menanti bas berkenaan, diikuti sekali ke Bendang Kering, dihujung jalan destinasi, dan berputar semula ke Jambatan Iskandar, menyusuri Kota Lama Kiri dan terus ke Jalan Takyah. 

Begitulah rutinnya sehingga Darjah 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar.

Sebaik Tingkatan 1, haluannya melalui Bot Tambang ke pekan Kuala Kangsar, sehinggalah Tingkatan 5, laluan laluan ini, banyak meninggalkan kisah kisah, yang memerlukan daya ingatah untuk direview semula, dari perawi perawi Kota Lama Kanan ke Kuala Kangsar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan