Laman Utama

19 Julai, 2012

[7378] Mengharap kemaafan di Nur Ramadhan

    Ramadhan menjelang tiba. Tiba-tiba teringat pada kampung halaman, teringat pada rakan zaman kanak-kanak dahulu. Terbayang pada keindahan suasana yang tidak akan kembali lagi kerana masa berlalu, musim berubah dan kita semakin dewasa.
    Comes Ramadhan, We are being enveloped into those beautiful growing up years. We reminiscing those wonders years. We are again in the forum of our lives. We juxtaposed our beautiful lives at the delightful moments of Ramadhan. Well, it's normal; for people to be emotional when the sacred month of Ramadhan approaches. 
    But..... never, never once we want to recall those regrettable events of our stupidity or the mistakes we once committed 
and that still haunted us. I, myself never want to be reminded of my mistakes as I step out the...... and trying my very best to turn over a new leaf. I shed those bad images, and pray to Allah and all these years was doing a lot of soul searching.
    Allah memberi, mungkin peluang kedua pada saya. Saya bersyukur menjadi guru, mungkin malu menyebut sebagai pendidik. Saya seronok dengan tugas saya, dahulunya sebagai Guru Disiplin, berkongsi dengan pelajar betapa imej buruk menghantui diri. Kerap memberi dan dijemput memberi ceramah motivasi diri. Seberapa ikhlas, saya cuba menbantu pelajar membentuk kehidupan masa depan, membantu dari segi wang ringgit. Terima kasih pada rakan yang membantu saya menceriakan pelajar saya menyambut Syawal pada tahun Hijrah yang laluAmat gembira dan teruja saya melihat wajah ceria pelajar-pelajar dari keluarga tidak berkemampuan akan menyambut Syawal. Tersentuh hati saya, merenung zaman saya mengidam kasut dan seluar dan tidak kesampaian.... Terima kasih sekali lagi pada rakan yang berkongsi indahnya Syawal bersama pelajar saya
    Berkongsi pengalaman dengan pelajar, jadilah pelajar baik, jika tidak mampu untuk agama dan ibubapa, cukup untuk diri sendiri. Selalu saya menasihati (sebenarnya untuk diri sendiri), bentuk "harga diri" agar tidak dihantui oleh kenangan hitam. 
    Ingat pada diri, betapa kita menuntut kemaafan dengan penuh keikhlasan, mungkin kita tidak diterima....dan kita terperankap dalam sesal yang panjang.
    Saya berharap cahaya Ramadhan yang mungkin Allah SWT izinkan saya untuk menjalaninya pada tahun Hijrah 1433 ini, saya menuntut maaf pada semua. Mungkin Ramadhan lalu saya masih belum ikhlas sepenuhnya (kerana ikhlas itu hanya Allah yang maha mengetahuinya) menuntut kemaafan. 
    Maafkan kesilapan saya yang lalu, singkir dendam pada perlakuan saya yang lalu. Mungkin saya terus cuba menyambung jenaka, tetapi ada yang terasa pada jenaka itu. Jujur, saya tidak berniat serong dalam jenaka, ia saya anggap bicara ringan. Maaf saya pinta.

Salam Hormat
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan