Laman Utama

24 Julai, 2012

[7378] Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan (....oleh Sham)

Peristiwa melawat Taiping dengan rakan rakan sepersekolahan, dalam lingkungan Tingkatan 2, antara yang diingati yang turut sama dalam rombongan itu, Yasin, Roslal, Duan Omar, dan lain lain, pabila matahari dah nak ke ufuk barat, sudah mula kegelapan, masjid destinasi dituju, biasalah ketika umur baru nak tumbuh ekor, tok siak siap bagi amaran atas kebisingan yang di dengarinya.

Begitu juga dengan kejadian lemas di Kolam Renang Taiping, hampir sahaja meninggalkan tragedi.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:49 AM

Seorang lagi yang mewakili relay team, Mat Lentong, dia juga adalah diantara nama nama yang mengharumkan nama Clifford ketika itu, semasa Sekolah Menengah, aku sering berbasikal ke bot tambang, Mat Lentong, Ghuzlan, Rahim Chendoi, diketika sesi sekolah petang, masa balik ada beberapa jalan yang memungkinkan untuk dilalui, kebanyakkannya kami melalui, Kpg Kandang, dan menyusuri Sayong Lembah, dan diketika dan masa lain, melalui Masjid Kota Lama Kanan, dan sekitarnya ada kuburan. 

Cerita mistik ini macam macam digambarkan, "orang mati, hidup balik", selalunya disakat oleh orang orang muda super senior, tertekan dengan cerita itu, pabila sampai sahaja melintasi kuburan ini, dipecutlah kayuhan yang tak pedulikan apa dibelakang. Hebat usikan itu.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:41 AM

Disuatu ketika, Yasin semasa disekolah rendah, diberitakan telah menemui kemalangan jalanraya, dan kecederaannya agak parah juga, berjahit diperutnya, semasa lawatan di hospital.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:38 AM

Suatu ketika di Sekolah Rendah, acara yang paling digemari ketika itu, bermain ragbi, maka dikenakanlah latihan keliling padang beberapa pusingan, dan acara acara permainan lain adalah hoki, seketikanya, bermain selaku goal keeper, dan sparingnya Faisal, yang kerap teruji seketika latihan adalah asakan asakan dari Halim Hoki, dan ketika itu dia adalah seorang yang sering mencetuskan gol untuk disumbatkan, adakalanya apabila berdepan dengan pasukan lawan, kegugupan sering mencabar tindakan kita selaku pemain, lebih lebih lagi padang yang tidak pernah menjadi gelanggang.

Acara sukan ragbi juga, kecundang dengan pasukan Sungai Sumun, pasukannya bawah 12, tetapi yang mainnya 18 tahun, keting udah berbulu, untuk seketika, aku berehat seketika dengan acara sukan, kerana diserang perachut di peha kiri, dan acara sukan lasak ragbi sudah tidak ada di Sekolah Menengah, di "ban" penyertaannya.

Disekolah menengah, aku lebih kepada acara olahraga, dimana acara sukan padang telah ku tinggalkan, kerana bahadi serangan perachut disekolah rendah. Acara lontar peluru sering sahaja mewakili sekolah bersama Wak Hisham, abang Nor azmi ke acara olahraga ini.

Seingatan di acara acara sukan di antara sekolah sekolah, acara relay yang mengharumkan nama sekolah terdiri dari S Muthiah, Akif, Hasni, Amaludin John dan Lan Kandang, segenap padang diacara padang ini dibolos oleh mereka ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan