Laman Utama

15 November, 2010

Menyusuri Suatu Kenangan

Sent: Tue, 2 November, 2010 23:31:49

Kita susuri kembali suatu kenangan

Salam Sejahtera

    Sedang mengadap PC...tertera pada papan screen....."0 unread".  Telah selesai menjawab, menbaca, tersenyum dan termanggu. Menanti muncul posting yang baru. 5 minit berlalu, masih belum "masuk". Rasa terganggu dan emosi tergugat. Tertanya pada diri, "apakah rakan-rakan aku sibuk dengan urusan kehidupan atu melayani kerenah anak atau mungkin rakan-rakanku sedang santai bersama keluarga.
    Ingin berbicara dengan anak, anakku sibuk menelaah buku untuk ujian seterusnya pada esuk hari. ...dan masih banyak lagi ujian yang perlu anakku lalui dalam kehidupan ini.
    Ingin berbual dengan isteri, isteriku sedang sibuk pula menyemak kertas Bahasa Inggeris PMR. Dia membawa pulang kurang-lebih 250 skrip naskah jawapan mata pelajaran BI dari sebuah negri di Semenanjung. Tidak boleh aku nyatakan dari negeri mana, salah dari segi etika "examiner".
    Aku mengadap PC untuk tenangkan emosi. Tadi siang pulang dari sekolah jam 7 pm. Terperap di bilik melangsaikan tugasan perancangan Kokurikulum 2011. Inilah kelangsungan sebuah kehidupan. Nanti bermula dari 23 Nov. aku pula akan sibuk sebagai Ketua Pengawas di sebuah pusat peperiksaan SPM.
    Sebenarnya detik-detik yang berlalu terasa amat perlahan, menginsut jika kita dalam "penantian" sebuah harapan. Aku masih berharap, ..kadang-kalanya tidak pasti apa yang diharapkan, suatu fatamorgana, berharap dan mencari sesuatu bagai logamaya sebuah kehidupan.
    Sekurang-kurangnya dalam tempuh setahun ini, terisi jua sebuah 'penantian" setelah bertemu rakan-rakan yang suatu ketika dahulu selalu aku tertanya, "Dimanakah rakan-rakan dahulu?". Dalam kelapangan waktu ini, sekurang-kurangnya aku merasa puas, satu demi satu rakan dahulu muncul  khabar berita. Gembira, teruja apabila mendapat tahu dimana tersebarnya rakan waktu persekolahan dahulu. Duka, terharu apabila mendengar ada yang telah menyahut panggilan Ilahi. Debaran pada ketika berdegup pantas, "jika yang sebaya telah kembali, aku bila pula?".
     Selalu dan kerap pula kini aku memanjat doa pada Ilahi agar memberi aku ruang waktu untuk melihat anak-anak aku selesai alam persekolahan, dapat menentukan hala-tuju kehidupan sebelum aku pula berangkat menyahut panggilanNya. Aku memohon padaNya agar aku dapat menyelesaikan tugas aku sebagai seorang bapa walau kerap aku gagal memainkan peranan sepatut mungkin.
    Hidup ini bukan kita yang menentukan. Kerap aku berbicara di ruang ini, "kita merancang tetapi Dia jualah yang menentukan apalah terlaksana apa yang dihajati".
    Tika waktu, walau hampir sudah melangkah setengah abad, tidak padam perasaan teruja untuk bertemu rakan-rakan. Gelisah bagai pengantin menanti malam pertama, kerana kita bersama banyak menyimpan rahsia waktu sama-sama meniti, melangkah alam persekolahan di Alma Mater yang meyimpan seribu cerita. Kita bertemu...benar...tetapi bukan di bumbung Clifford yang kita war-warkan cerita suka-duka, tetapi di lokasi berbeza...di KL, di Ipoh, di Lumut, di Pantai Merdeka, di pinggir-pinggir kenangan sekitar Kuale yang kita lakarkan seribu cerita.
    Kini, jika diizinkanNya..kita beramai-ramai melangkah kembali ke "alam kita", alam Clifford Secondary. Sampai waktunya, tarikh keramat November 6, kita beramai akan kembali ke "alam kita" kita suatu ketika dahulu dan kapan pula kita akan kembali bertatih pula ke "alam awal" kita Clifford Primary. Masa akan pasti membawa kita ke situ pula.
    Cliffordian 73/78...MOH KITA BERSAMA DI TARIKH KERAMAT ITU NANTI. NOV 6. INSYAALLAH KITA AKAN MENYUSURI SEJARAH YANG KITA CIPTA BERSAMA

Salam Hormat
Yasin Ismail


PERTEMUAN SEMALAM, HARI INI DAN ESOK (...posted by Hasni)

Sent: Tue, 2 November, 2010 9:46:11

 

Pertemuan semalam


manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
terungkap kisah silam
nostalgia lama memendam perasaan

manisnya bagai madu yang diteguk

segalanya indah

membalut hati resah untuk tenang

terungkap kisah silam

nostalgia lama memendam perasaan

 

Pertemuan hari ini


terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

terasa madunya kian susut

entah ...

tertahankan ia pada hukum alam

menghakis sirna yang mendatang

kekal pada azali kejadian

 

Pertemuan hari esok


makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

makin sukar untuk aku meramalkan

mungkin kemanisan itu akan hilang terus

tapi aku pasti

madu itu pasti akan kembali terisi

andai pertemuan dulu

diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

 


02 November, 2010

Mengimbau ; Cedawan Sisior (posted by Yasin)

Sent: Mon, 1 November, 2010 12:44:57


        Mengimbau kehidupan kita di Kuale 1970an
    Burung tukang tiada kedengaran lagi di pagi itu. Dari kejauhan terdengar alunan cengkerik bersahutan antara celah daunan. Subuh dingin di kebun tua pemberian datuk kepada ibu bertambah terasa kedinginannya pabila aku, ibu dan adik-adik meredah lalang antara balam kabus yang bergerak dari lembah sungai Perak.
    Sambil meredah, aku memetik daunan lalang dan mengoyak hujung daunnya dan menghala  ke arah adikku yang pantas menyusup di depan. "Aduuuh" jerit aku pabila panah batang halus lalang hinggap di badannya." jangan main boleh tak?" sergah ibu.
    Mataku kini liar memerhati belalang kunyit melompat antara daun. Aku melurut daun dan menitis embun pagi ke tanah lembab. Dapat seekor, aku masukkan dalam plastik yang terselit di pinggang. Makanan untuk burung minor yang baru aku bela.
    "Haaahhh...kat situ banyak" muncung ibu menunjukkan arah yang perlu kami tuju. Antara tunggul mati pokok getah itu, rezeki kami, lauk kami tengahari nanti. Cendawan sisir yang kami di kampongKota Lama kiri , Kuale panggil cendawan sisior tumbuh melata. Rasanya sangat enak, kenyal, anjal apatah lagi di masak lemak. Cendawan ini tumbuh malata pabila hujan renyai beberapa hari. aku dan adik megutip rakus. Aku perhati ibu sedang mengutip pucuk paku yang hijau segar. Aaaaaahhh...pasti masak lemak cili api dan sambal belacan pucuk ubi santapan kami di hari minggu Ahad ini.
    Kini cendawan sisior, cendawan butang atau busut sukar dicari. Kalau adapun belum pasti boleh dimakan kerana bahan baja kimia kebun. Pucuk paku kini keras, tidak lembut hijau segar seperti dulu. Pucuk ubi telah hilang seri hijau-ungu daun aslinya.
    Aku mengimbau kenangan dahulu di pinggir sungai Perak, kebun tua ibu. Kini ibu tiada lagi., tetapi kenangan ibu mengajar aku tentang alam pasti abadi.
    Aku mengimbau kenangan di penghujung rindu. Kawan-kawan aku, Cliffordian 73/78 pasti mengerti, pasti ingat ...cendawan sisior satu tin susu di market lama, cendawan busut, pucuk paku dan ubi. Kita dewasa bersamanya.
    Ibu...aku rindu suatu waktu itu.......bersamamu.
Salam Hormat
Yasin Ismail
Pasti kita menyusuri Kuale pada Nov 6 tanpa Mr Fandi. Al-Fatihah

Di Petang Yang Bening (posted by Sham)

Sent: Sun, 31 October, 2010 19:44:08

Hujan sepanjang hari di Kedah Utara dan Perlis, sejak tengahari tadi, merungkai banyak perkara dalam hal ehwal kehidupan seharian. Sepanjang sebulan yang lalu, agak ketat jadual, untuk menyiapkan suatu proposal yang punyai tarikh akhirnya hari ini, setelah ditunda sebelum ini, 19hb yang lalu. Kehidupan tanpa tarikh khusus untuk dipenuhi adalah suatu penantian yang panjang, dibuat sebegitu, agar ada matlamat untuk dicapai, namun diminit minit akhir jua, yang dinantikan, ada kekeliruan disana sini, lebih lebih lagi menyelubungi sesuatu yang baru, dulunya dibuat secara perkumpulan, tetapi kali ini berseorangan melaluinya, dalam mengharungi dunia akademik, adalah suatu permulaan untuk memantapkan aqal dan otak yang lama ketiduran, hampir 13 tahun tidak pernah diasah, sekian tumpul jadinya.

Apa sahaja tindak tanduk yang dilakukan secara kebiasaan dan routine kehidupan adalah sesuatu yang tidak menggunakan daya fikiran secara optimal, oleh itu kita kena mengajar otak ini agar berfikir diluar kotak kebiasaan. Agaknya begitulah gamaknya, orang terdahulu memerah keringat otaknya, dicari ilmu dan gurunya, merantau dari Hijaz hingga sampai ke Bukhara, demi mensahihkan sesuatu sumber.

Begitulah asam garam kehidupan, tidak berhenti disuatu perhentian, melainkan kena mencari medan baru untuk diceburi, demi kelangsungan survival kehidupan, cari dan terus mencari, hinggalah ke liang lahad.

Kangar, Perlis

Terkenanglah kita

Sent: Sun, 31 October, 2010 10:05:28

    Kenangan; Segala yang kita lalui dalam perjalanan kehidupan ini adalah kenangan. Ada yang pahit, ada yang manis. Segala itu kita susun rapi dalam diari kehidupan dan ia menjadi pengalaman yang amat bernilai dan garis panduan untuk menghadapi jalan kehidupan yang masih terbentang luas, yang kita tidak tau di mana penghujungnya.
    Kita menangis terkenang apa yang tidak kesampaian, yang diidam, yang di pupuk dan dibelai hilang walau ia telah pasti dalam gengaman.
    Jangan mahu untuk berkongsi cerita. Jika kita menangis terkenang kasih yang hilang atau tidak kesampaian, reda tangisan, kita merasa sangat lega dan sebenarnyalah, ia memberi semangat untuk kita teruskan sebuah kehidupan.
    MEREKA YANG TAKUT DAN GUSAR UNTUK TERKENANG ADALAH KERANA MASIH MENYIMPAN DENDAM.
 
Gunsmoke
Yasin Ismail

BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG TELAH PERGI..... (posted by CPO)

Sent: Sat, 30 October, 2010 1:12:00


Seandainya aku bisa berbicara

Akan aku kabarkan pada semua

Akan aku ceritakan kisahmu

Walau kau tiada lagi disisi


Mimpi semalam terngigau ke siang

Basah peluh hingga ke tilam

Kau datang dalam bayangan

Bertanya kabar berkirim salam


Tangisan semalam masih kedengaran

Air mata masih lagi berlinang di pipi

Tapi takdir Tuhan tiada menentang

Kau pergi disaat masih diperlukan


Seandainya aku bisa ketawa

Akan aku lebarkan senyuman

Akan aku ceriakan hidup ini

Agar sama-sama dapat dirasai


Hanya kau teman,

Setia bersama suka duka

Tiada batas tiada landas

Persahabatan kekal hakiki

Perginya engkau tidak kembali



Andai seorang perempuan itu datang...

kata tadi nak tenang... so apa2 pun jangan.. fokus pada urusan kat sana aje
 
Think simple, live simple 
         ~ azr ~                



From: Abdul Rahman Rahim <abdulrahman61@ymail.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Tue, 2 November, 2010 13:17:47
Subject: Re: [7378] tenang ....

ooo jadi tak payah nguntei ler yak ? ... baleh ajer ...
 
Regards,
Abdul Rahman Abdul Rahim
http://ragamcliffordian.blogspot.com
http://koperasicliffordianberhad.blogspot.com



From: Azizul Rahman <arbaa_99@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Tue, November 2, 2010 12:45:32 PM
Subject: Re: [7378] tenang ....

teman gerenti miker akan berasa tenang antara 5-14 Nov nanti.. tak payah nguntei pun.. gerenti.. aseikan miker concentrate dengan urusan kat sana nun
 
Think simple, live simple 
         ~ azr ~                



From: Abdul Rahman Rahim <abdulrahman61@ymail.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Tue, 2 November, 2010 11:58:48
Subject: [7378] tenang ....

kalo lah antara Nov 5 - Nov 14 setenang pagi ini ............ tak lah jenuh teman nguntei ...
 
Regards,
Abdul Rahman Abdul Rahim
http://ragamcliffordian.blogspot.com
http://koperasicliffordianberhad.blogspot.com