Laman Utama

17 Jun, 2011

Kenangan

From: Amiruddin 
Sent: Wednesday, 15 June 2011, 10:49

Gurindam gue di Jakarta,

Lembah gersang sekian lama
Jiwa kacau penawar tiada
Yang palsu atau yang mana
Asalkan pengobat hati yang lara

Manis madu tiada terkira
Madu tualang dicari jua
Yang ada tiada setara
Masih dicari sekembang bunga

Setapak selangkah tiadalah jauh
Sauh bahtera jangan dijatuh
Simanis sudah bersimpuh
Sudah terang lagi bersuluh

Madah terucap amat berseri
Seindah bahasa tiada berperi
Yang digenggam tiadalah lari
Mona Gersang sentiasa di hati
 
Sent from my iPhone

From: Hang Nadim 
Sent: Tuesday, 14 June 2011 17:01:26

Bunga yang diberi sudah layu,
Walau dibaja diusap dibelai bertalu-talu
Pujuk dan rayu telah lesu,
Kerna dah ade yang pakai gigi palsu.

Mengapa pujuk dan rayu lesu
Hanya sebab sigigi palsu
Intipati budi masih satu
Keaslian mengatasi sipalsu

Intipati diri menjadi saksi
Pemikat hati sewaktu muda
Dasar kamu dasar seksi
Dasar kamu dasar buaya

SA Sulaiman

From: Mohd Yasin Ismail
Date: Tue, 14 Jun 2011 23:12:59 +0800 (SGT)

pandang-pandang tak mengapa
kenangan lama indah dirasa
jangan gusar tak usik sesiapa
kerana semua sudah berpunya

bunga beripun sudah layu
walau dibaja, diusap bertalu-talu
pujuk rayu telah lesu
kerana dah ade yang pakai......GIGI PALSU.....hikkkkkk

Gunsmoke
Yasin Ismail

From: Hang Nadim
Sent: Tuesday, 14 June 2011 23:06:33

Biler iman sudah bergoncang,
Apa2 yang tenang tiba2 klik,
Ajak berpakat dan berbincang
Supaya senantiasa berdetik

SA Sulaiman

From: "hasni.ahmad" 
Date: Tue, 14 Jun 2011 23:01:36 +0800

Jiwa dan  hati tenang
Mengapa pula diusik…
Biler iman dah bergoncang
Apa2 yang tenang tiba2 klik….
 
From: Hang Nadim
Sent: Tuesday, June 14, 2011 10:51 PM
 
Biler mata bertentang,
Nanti jatuh asyik….
Jiwa dan hati tenang
Mengapa pula diusik

SA Sulaiman

From: "hasni.ahmad" 
Date: Tue, 14 Jun 2011 21:57:45 +0800
 
Kalau sudah terpandang,
Nanti jadi pelik….
Biler mata bertentang,
Nanti jatuh asyik….
 
From: hishamudin.alli
Sent: Tuesday, June 14, 2011 7:37 PM
 
Jangan pandang pandang ehhh,
Jangan usik usik,
Kalau sudah terpandang,
Nanti jadi pelik.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 
 
 
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan