Laman Utama

13 Jun, 2011

Kita lebih mesra

Sent: Monday, 13 June 2011, 12:54

mungkin dahulu kita kenal
tidaklah mesra mana
sekadar tahu kelas mana, darjah berapa
kalau bertembungpun, mungkin dalam hijau
waktu ke sekolah dan pulang
tahu mana, rumah di mana, ayah siapa
hanya itu sahaja
kita bukan "gu"
nak bersapapun tak sebulu
 
lantas masa berlalu
tiga puluh tahun lebih
sesaatpun tidak ingat padamu
tidak mahu ambil tahu
kerana aku menongkah sebuah kehidupan
membina sebuah harapan
tidak pernahpun ingatan terlintas padamu
 
tapi kini aku merasa amat mesra
bagai kita suatu ketika, sejati
kerana kini aku telah selesa dan selesai
menempa sebuah kehidupan dan kedudukan
DAN kita menjadi AMAT AKRAB
amat mesra, dan segala tutur
selesa berbicara
 
KINI aku lebih mengenalimu.
dan amat gembira bila bertemu
 
Gunsmoke
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan