Laman Utama

17 Jun, 2011

Seharian Bersama Rakan Lama, Marketer Always A Marketer

From: "hishamudin.alli 
Sent: Wednesday, 15 June 2011, 23:08

Bertukar tukar fikiran, dan idea idea perlaksanaan pengurusan perniagaan, bersama dengan Megat Ahmad Fuzy, mengingatkan kisah kisah seorang pemasar yang berdedikasi, dari perlaksanaan pemasaran dan idea idea pemasaran yang konvensional dan pemasaran zaman ala komunikasi abad kini, semuanya dipersekitaran memindahkan dana dari 'A' ke 'B', menggerakkan peluang niaga yang amat kompleks, lebih lebih lagi , zaman yang kompleks, aliran tunai yang mengecil, dan kisah asam garam kepelbagaian pengalaman pahit manis, berliku arus.

Semuanya adalah persekitaran survival, selagi hidup, selagi itu ada permasalahan tersendiri.

Selaku praktis  dalam komunikasi pemasar, alat alat komunikasi dan praktis media, semuanya berkisar dari keruwetan dunia dagang itu sendiri.

Pemasar melihat peluang, manakala pengguna selalunya tersasar dengan keadaan sekeliling, apa yang perlu bagi pengguna, dan gelagat pengguna, sentiasa berhadapan dengan strategi keunggulan dan kreativiti alam pemasaran.

Kecanggihan sistem komunikasi dan selaku pengantara, pengguna yang semakin banyak maklumat, menyukarkan pengukuran dan alat alat komunikasi kini yang semakin ampuh dan terlalu cepat merubah keadaan.

Kesinambungan perniagaan bergantung pada aktiviti pemasaran yang dinamik dan kejituannya ditentukan hukum penawaran dan permintaan.

Begitulah kisah seharian, mengaplikasikan ilmu teori dengan praktis dunia dagang abad kini.

Kehidupan perlu diteruskan, sama ada , laba atau kecundang ditengah perjalanan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan