Laman Utama

19 Jun, 2011

Selamat Hari Bapa

Sent: Sunday, 19 June 2011, 8:59

Salam Pagi yang Ceria
 
Selamat Hari Bapa
Aku ucapkan pada diri sendiri
juga buat mereka yang mengenal erti "bapa"
menanti ucapan dari anak-anakku!
belum terima aluan itu
 
Pagi aku sewaktu aku melangkah pergi
seorangnya masih tidur lagi
dan serang lagi mungkin terlupa
atau dewasa ini tidak mampu kini menutur ucap itu
 
Aku terima seadanya
menghela nafas sambil memandu kereta
aaahhhh...walau tiada ucapan
anak keduaku masih mampu mencium tangan dan
memberi kucupan di pipi
sebelum dia melangkah ke pagar sekolah
 
Di Perhimpunan pagi
hatiku terusik, lantas aku ucapkan "Selamat Hari Bapa' kepada semua guruku
"jangan sampai terlambat" kataku
 
Aku seikhlasnya puas
melihat anak-anak aku telah dewasa kini
jika dahulu waktu aku memimpin tangan mereka
kini mereka nampak jalan dan halatuju
jika dahulu aku memegang handle basikal mereka
kini mereka memegang sendiri steering kereta , tahu halatuju
jika dahulu aku menunjuk bentuk awan di langit kini
mereka melambai padaku di celah awan biru
 
Anak-anak aku kini lebih tahu
dan jarang bertanya padaku
hingga ruang hidupku menjadi kosong dan kaku
sesekali aku rindu pada tangis mereka,
sewaktu jatuh basikal dahulu
sewaktu jatuh ingin melangkah longkang, menuju tanpa permainan
 
Dan waktu ingin dan aku rindu pada suara mereka
menyapa aku
kerana "SMS" itu tiada suara, tiada nyawa, tiada ritma dan sentuhan kasih itu
 
Biarlah
kerana arus kini memaksa diri dalam sepi yang bertalu
aku ucapakan
"Selamat Hari Bapa" kepada diriku
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan