Laman Utama

24 Julai, 2013

[7378] Moreh dan Doa Tahlil di Masjid Ridzuanniah pada Sabtu, 27 Julai 2013.

As Salam Kengkawan,

 

Sebagaimana yang diberitahu kepada mekomer serta bersempena dengan Bulan Ramadhan tahun ini, kiter Cliffordian 73/78/80 akan mengadakan Doa Tahlil dan Morei Berbuka Puasa di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Atas usaha sahabat kita Man Karman, tarikh yang telah ditetapkan adalah pada hari SABTU ini, 27hb Julai 2013.

 

Kesempatan ini juga, teman mewakili semue ingin menzahirkan raser syukur dan berterimakasih terutama pader Chip, Man, Usop serta kengkawan lain yang telah menderma dan beramal jariah untuk tujuan diatas. Moga sedekah mekomer di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan Allah dan dimurahkan rezeki buat mekomer semue.  

 

Berikut adalah aturcara kita pada hari tersebut, SABTU ini 27hb Julai 2013.

 

Sabtu 27/7, 6.00 ptg

Ketibaan Jemaah2 Cliffordian 73/78/80 dari dekat, dari utarer dan dari Kawasan Tengah (Kolompor) di Masjid Ridzuanniah, Kuala Kangsar.

Sabtu 27/7, 6.30 – 7.15ptg

Tazkirah Ramadhan dan Doa Tahlil untuk kawan2, Cikgu2 dan ahli keluarga kita yang telah kembali keRahmatullah yang akan di bawa oleh Ustaz Jamaluddin bin Hj Ahmad.

Sabtu 27/7, 7.25 – 8.00 malam

Morei Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah.

Sabtu 27/7, 8.40 – 9.30 malam

Solat Isyak dan Tarawikh Berjemaah

Sabtu 27/7, 10.00 – 12.30 Pagi

Bersantei sambei bersembang bersama kengkawan di Restoren Seli, Jalan Kangsar sambei pekena kopi, ayour ketum dan juadah2 yang sewaktu dengannye dan berbincang untuk program rayer, "MOH BERAYA DIKUALER".

Ahad 28/7, 1.00 – 2.30 Pagi

BERSAHUR  di  Restoren Seli.

Hidangan Tempoyak Ikan Keli, Udang masak Tumih, ikan masin goring, Telor Goreng, Sayur dan Ayour hangat

Ahad 2.45pagi

Bersurai

 

Kehadiran dan kedatangan mekomer adalah diharapkan kearah kesinambungan pertalian persahabatn antara kiter serta mengeratkan Silatulrahim yang telah sedia terjalin. Kengkawan yang bukan Islam (NON MUSLIMS) dijemput juga hadir semasa bersantei di restoren Seli dan seterusnye samer2 bersahur bersama kengkawan Muslim yang lain.

 

KITER BERJUMPA DI KUALER SABTU INI, 27HB JULAI 2013.

 

Sekian & Wassallam.

 

CPO

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan