Laman Utama

22 Julai, 2013

[M_7378_80] Kerah Moreh dan Doa Tahlil di Masjid Ridzuanniah pada Sabtu, 27 Julai 2013.

Buat sahabat2 yang mendahului kita dan telah kembali ke Rahmatullah…. Allahyarham Radzif @ Ben, Razali, Affandi, Sazali Nordin, Azman Samsir, Ezani, Aznam Kadri, Khalil, Raja Azlan, Zainal Ariffin dan yang lain.

 

Sahabat-sahabatku

Sepanjang kehidupan kau menjadi pelita

Menerangi, menyuluh jalan yang berliku

Kegagalan, kesukaran tidak sekali melentur jiwa

 

Sahabat-sahabatku

Sahabat antara sahabat,

Pada usia memamah semangat, melelah minda

Namun dikau dipanggil dengan tiba tiba

Usia bagimu hanya dorongan mencapai yang Esa

 

Sahabat-sahabatku

Ku sempat mengimbau ketika bersamamu dahulu

Mengajar diriku erti persahabatan sejati

Namun singkatnya masa bukan halangan bagiku menitiskan airmata

Mengenangmu meluhurkan persahabatan

 

Sahabat-sahabatku

pemergianmu adalah ketentuan Ilahi

dari lenaku memikirkan kenangan bersama

kesinambungan ingatan akan diteruskan jua

baru diri kenal betapa kehilangan

 

Sahabat-sahabatku

Tanggungjawab asasi telah kau jalankan

Tuntutan pada dirimu telah kau penuhkan

Kehidupan ku ini akan ku teruskan

Dalam setiap perkara yang dapat dibanggakan

 

Sahabat-sahabatku

aku doakan tempatmu kelak Firdaus namanya

aku doakan temanmu Sahabat dan Syuhada'

aku doakan pertemuanmu dengan Para Anbiya'

aku doakan bagimu Rahmat Allah yang Esa.

 

Al-Fatihah.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan