Laman Utama

28 Mei, 2011

Kenangan lalu

Sent: Saturday, 28 May 2011, 0:23

Sahabat

Kita telah melalui berbagai bersendirian dan bersama.

Laluan kita membawa kita merantau jauh dari kampung halaman sehingga kadangkala kita lupa dari mana asal kita. Namun kesedaran dilubok hati memastikan bahawa kampung halaman senantiasa dikenang dan dirindui. Samada ianya dimanifastasi melalui keluhan rindu diangin lalu atau sebaliknya hanya tuan badan boleh menjawab.
Sejauh mana aku melangkah, sejauh mana aku merantau, tidak kira dimana kepala ku ku letakan, tempat dimana aku berteduh semasa muda ku tetap aku rindu dan aku tetap merinduinya.

Itulah Kuala Kangsar dimata ku. Tempat aku singgah dalam perjalanan dan menambat hati.

SA Sulaiman

LAWATAN DI BUMI AKHIR KHILAFAH UTHMANIYYAH

From: HISHAMUDIN ALLI 
Sent: Friday, 27 May 2011, 19:16

Langkahku longlai hari ini meninggalkan rumah dan pejabat, walaupun kelesuan ini akibat diserang gout yang teramat sangat, petang kelmarin, dan masih terasa denyutannya sehingga kini, lewat tahun lepas pun begitu, pabila musim harumanis menjelma saban tahun, acidnya tinggi, gout menyerang kalili ini serasa sukar mengatur langkah dan tapak. Yang terakhir kali serangan seperti ini ialah semasa tahun 2000, semasa sedang saie di ulang alik Sofa dan Marwah. Semasa dari rumah ke Lapangan Terbang Alor Setar menuju KLIA, sambil menunggu kapalterbang bertolak ke Istanbul, jam 12.30 mlm, kesempatan ruang waktu yang ada, kita merenung sejenak di abad yang lalu, 1924, sudah hampir seabad yang silam, keruntuhan sistem Khilafah, lalu terbentuk negara negara kecil, yang melebihi 180 negara dunia, dimana sebelum itu, cuma dikenali  selaku kelompok dan ras bangsa.

Akibat struktur yang berubah, maka perubahan masa dan keadaan, pergerakan kita untuk memasuki blok blok tertentu, dengan passport dan visa, kesatuan ras ras ini dipecah pecahkan menurut struktur kapitalis dan borjuis, agar senang dikawal pergerakan susur galur pergerakan. Itulah sistem kenegaraan, dengan sistem dibawah panji Bangsa Bangsa Bersatu, dan Amerika menjadi tunggak dengan kuasa veto, kuasa membatal, walaupun seluruh anggota menginginkan sesuatu perubahan.

Itu adalah sebahagian dari liku liku sejarah kewujudan negara bangsa.

Tidak terlepas dengan Konstantinople, dan  dikenali dengan Istanbul, banyak kenangan silam, lambaian Masjid Biru, dengan senibina yang berasaskan senibina Sinan, dan dikelilingi dengan Masjid Masjid disekeliling persekitaran Istanbul, disebalik melihat senibina yang indah, dengan mengumpulkan tamadun Islam, Tamadun Kristian dan Tamadun Bizantium, Bhosphorus memisahkan benua Asia dan Benua Eropah, dan laluan ini datang menggamit lagi kehadiran.

Lobby Pan Pacific KLIA


27 Mei, 2011

We'll be there in Kualer

From: M Yazid B Mansor (PEX/PCSB)
Sent: Friday, 27 May 2011, 11:19

Setiap kali bila singgah di Qualer
Sayu teringat zaman kecil kita
Belajar mengenal jiran
Belajar mengenal sekolah
Bertemu kawan baru
Bertemu cikgu yang bengken
Reme benor yang begitu
Sesekali merenung memikior
Pada cikgu yg pakai miniskirt
 
Karektor pekan Qualer yg tenang
Penduduk ramah tamah mudah mesra
Dari seberang taman ibu melaung anak
Di tepian sungai riuh anak-anak berkejaran
Bila malam tiba kita beransur ke surau
Usik mengusik melalui kuburan
Main mengantor, main meriam buluh
 
Sekolah kita masih tersergam
Bangunan lama masih kukuh
Post office masih ada,
Lembah masih begitu
Kedai emas juga macam tu
Pelanggannya makcik dari Sayong
Entah membeli entah menggadai
Qualer kaya dengan karektor makanan
Cendol, gulai ikan sungai, laksanya
Walau berdekad berlalu
Terhidu terasa yang masih sama
Wajah Qualer masih sama
 
Kita perhatikan aliran Sg Perak
Terkadang laju, terkadang lesu
Walau dasarnya saban waktu dimamah
Namun permukaannya tetap tenang
Begitu kita yang pernah tinggal di Qualer
Tiada runsing bila di Qualer
Pekan yang paling tenang
Terukir di hati, teringat di jiwa
Semua yang tenang
Semestinya orang Qualer..
 
 
Take good care my friends, have a good, safe and happy weekend, and school holidays..
Drive carefully ok..
 
Wassalam..
 
  

25 Mei, 2011

The journey home....

Sent: Tue, 24 May, 2011 22:01:07

We have embarked on a journey that took us from the bosom of family and friends.

That journey took us far and between some of us we lost touch with our friends. Many a time when we returned to the place called Kuala Kangsar, we wondered what happened to our school mates. We gazed upon the old school block and the field, seeing our friends during sports day during the PE class and remembering the laughter and the whoops of joy. Passing by the old road and hearing the old school bell ring, we smile when we hear the whooping sounds of students rushing out of their classes, for it reminded us of our time there.

The afternoons spent lying by the river banks and sucking on the ice cream Malaysia. Hanging out at Ghee King before hanging out was cool!

Splashing around and generally having a good time before the cares and the worries that inevitably awaits us. 

Yes there were a few heartaches especially when the cute girl from RPK that you admired from afar went out for a movie with someone else and yes a few knees were scrapped and elbows got bruised in the free for all football games.

Yes, but the heartaches fades away over the years and we smile at them. For now we realise how foolish we were.

Yonder years that passed us by are now but multi coloured memories which we cherish and treasure. We may not have been the best of mates back then not because of anything but because we did not know any better.

We didn't distinguish ourselves by race creed or religion, we went by with life as life took us. We were happy to be friends and to be with one another. Yet respectful of each beliefs. How many times have I sat at the Guardwara (Sikh place of worship) happily munching on capatis and sardines. No my faith was never in doubt. My entry into the Church in front of the School gates never made me waver in my faith. We were young and we were strong.
 
Now as we sit on the threshold of our glory years, the coming years of being a grandparent and the joy of not caring whether our pants don't match our socks, we are poised to reaffirm our friendship and reaffirm our belief in the common good of all men.

Onwards we shall beat to the march of time and rejoice in recapturing the essence of being a Qualer boy and a Cliffordian, to be ourselves again, this coming event of ours.

Not because we want to do business not because we want to make money but because we want to be ourselves amongst friends.

Hark my friends, the clarion call has been made, the battle cry has been made, the trumpets have been blown. Hark my friends, let's meet again on the shores of Clifford School and on the banks of River Perak.  Onwards shall we mae our way to Clifford and at Clifford shall we gather. Onwards to friendship rekindled reaffirmed and re-established and cherished.

Till I see you there, I will always be a Cliffordian and by adoption a Qualer Boy at heart.

A Paritian in Qualer.

SA Sulaiman

Cuti menjelma dan Hari Bapa menyusul

Sent: Mon, 23 May, 2011 7:40:33

Salam Pagi yang Ceria
    Alhamdulillah. Kita diizinkanNya lagi untuk menghirup udara nyaman pagi ini. Tidak semua yang mendapat peluang boleh bergerak bebas, masih boleh senyum lapang walaupun barangan keperluan terus melonjak naik harga. Kita masih diberi harapan olehNya untuk terus berfikir dan merancang kehidupan ini kerana ada mereka tidak telah putus harapan untuk hidup, ada pula yang menanti denyutan nadi akhir.
    Masa terus beredar dan ini minggu terakhir  semesta pertama persekolahan. Apa perancangan kita? Merencana percutian bersama keluarga. Pulang ke kampung menjejaki "denai riang alam kanaka-kanak kita"?. Apa jua perancangan, biarlah ia menjadi suatu 'kenangan untuk anak-anak kita bersama bapanya" yang selama ini di kacamata si-anak, "Sibuknya bapa aku!". Anak itu tidak mengerti bahawa kita cuba dan berusaha memberi "yang terbaik" untuk dia membesar sempurna materialnya....!
    Aku sentiasa on the run. jarang, bahkan amat jarang dapat berbual mesra dengan 2 anak aku, yang kini telah bergelar gadis. Kerapnya kemesraan aku aku cuba wujudkan kini, ....mungkin aku prejudis, tetapi seperti dipandang sinis oleh anak-anak aku. sepatah katabualku, sepatah dibalas oleh anak-anak aku. jadual aku padat. Padat itu aku wujudkan dulu hingga akhir-akhir ini adalah untuk memberi kesenangan pada mereka. Dan aku menjadi bapa yang serius, yang imperative, yang word is an order.....
    June akan menjelma. "Hari Bapa'. Setiap tahun aku berharap "Hari Bapa" membawa miracle buat aku yang bergelar BAPA. Aku mahu usia senja memberi kepuasan pada aku. Semalam, seorang bekas pelajar aku yang kini menjadi anggota polis di Sungai Siput (bersama Lid) mengucap "teacher's day' dan minggu lepas 2 bekas pelajar india (lelaki) dari Langkawi memberi ucapan yang sama. Itu hanya sebahagian dari ratusan ucapan from my x-students.
    Cerita mereka sama, rindu dengan rotan aku. mereka faham setelah dewasa of my good intention, but should I wait that long for my children to understand that all these while what I've done to see they grow-up to be more responsible to life and future.
    Only God knows.
 
Salam Hormat 
Yasin Ismail


RON95

Sent: Mon, 23 May, 2011 1:17:17

Dalam teori asas ekonomi, dalam rukun penawaran dan permintaan, kita telah diketengahkan dengan rukun ini, menerusi rukun inilah kita mengukur keupayaan asas permintaan dan penawaran. Lanjutan dari situ pula ada satu lagi , yang dipanggil, "Competitive Advantage", dimana kita diketengahkan tentang kos perbandingan mengeluarkan sendiri ataupun diimpot, pada asasnya, negara kita yang asasnya, ekonomi berasaskan ekonomi pertanian, yang berskala kecil, rata ratanya dimileki oleh pemilek yang berasaskan warisan, yang seketika dahulu, ratusan ekar, dan setelah melalui proses warisan, ianya menjadi kecil, dan kurang kompetitif untuk diusahakan. Tahun tahun 1980 'an kita menyaksikan, pembangunan tanah berskala besar diusakan oleh kerajaan melalui agensinya, seperti Felda dan Felcra, dan antara matlamat asalnya membahagikan tanah tanah yang tidak bertanah menerusi sekim pemilekan tanah secara insitu, agensi agensi ini membangunkan tanah tanah berkenaan, dan segala kos pembangunan di kenakan pada setiap peserta rancangan dan dipotong apabila kebun kebun ini mengeluarkan hasil.

Hasil komoditi ini adalah ditahap turun naiknya ditentukan pasaran dunia, yang kita sendiri tiada kawalan keatas harga, adakalanya sakit bagaikan tusukan sembilu, menjaga kebun yang kos pengendaliannya bertambah tinggi. Diera era awal 1980 an ini juga, bidang pertanian telah juga disaksikan kawasan kawasan yang dahulunya sawah padi dan telah beertukar wajah, dibangunkan kilang kilang perusahaan industri secara hiliran, dan juga dikawasan Gurun, Perwaja Steel, aiawal 1990 an dulunya adalah estet getah, dibangunkan menjadi kilang besi, maka diangkutlah ulang alik besi dari Terengganu ke Kedah. 

Namun itu, walaunpun ikhtiar pembangunan kearah perindustrian, dalam masa yang sama, muncul daya saing di persekitaran negara negara jiran, Thailand, Vietnam dan Indonesia, menawarkan Kos Perbandingan yang jauh lebih kompetitif jika diteruskan di Malaysia, maka kita lihat diakhi akhir 90 an, banyak pelabur mengalihkan produksi mereka ke negara negara ini, yang mengakibatkan kehilangan daya saing.

Dari negara pertanian ke industri, dan trend semasa lebih memindahkan dari industri kepada asas perkhidmatan, yang sedikit sebanyak, menjejaskan Singapura, yang pada ketika terdahulu menjadi agen tunggal di Asia Tenggara. Untuk menghadapi trend dan ubahan struktur aktiviti ekonomi inilah, pendedahan keatas pasaran global sebagai suatu kampong, globalisasi inilah menjadi asas baru untuk dijadikan asas bandingan, tetapi adakah kemampuan itu menyerlahkan kita berbuat demikian, perubahan struktur dan cara kita bekerja mengurus ekonomi yang rata ratanya dahulu, mengharapkan Pelaburan Terus dari luar, mampu kita kecapi dalam jangka waktu yang terdekat.

HISHAMUDIN ALLI   

kebam ... kemam ...

Sent: Sat, 21 May, 2011 22:27:28

Kepebagaian ragam dalam kehidupan, ada kalanya mengulangi perjalanan silam, keanehan dan kejanggalan dalam menuturkan sesuatu istilah, tambahan pula lingkaran kita dalam susur galur masyarakat, keterlibatan dalam suasana persekitaran telah banyak mempengaruhi agenda kehidupan seadanya, mungkin, vocabulary kita tentang itupun hanyak sekitar 3000 perkataan lebih, dan sementelahan itu pulak kita berada di dunia asing dengan bahasa asing, menyampur adukkan apa yang sekerat sekerat telah membingungkan kelancaran kita berbahasa, asing dengan lidah ibundanye, merantau ke Deli, bercakap ala Melayu Pahang, bunyinye macam cakap Kuale, tapi berlainan maknanya,  itulah jatidiri anak kelahiran Kuale, walaupun telah jauh melangkah dan meredah seantero dunia, Kuale tetap di ingatan.

Kerancakan menguasai bahasa Kuale, telah diasah semula, dengan acapkali bertemu semula dengan rakan rakan seangkatan, walaupun ada. kekurangan disana sini, namun tempat jatuh lagi dikenang, dan kenangan itulah menghidupkan memori lama, dimana asal usul, sama sama bermandi manda di Sungai Perak dan airnya membasahi tekak.

Walau telah lama perjalanan, kampong halaman tetap dihati dan dilambaian kenangan, dengan kish kisah silam, yang menjadi batu ukur kehidupan.

HISHAMUDIN ALLI