Laman Utama

25 Mei, 2011

Cuti menjelma dan Hari Bapa menyusul

Sent: Mon, 23 May, 2011 7:40:33

Salam Pagi yang Ceria
    Alhamdulillah. Kita diizinkanNya lagi untuk menghirup udara nyaman pagi ini. Tidak semua yang mendapat peluang boleh bergerak bebas, masih boleh senyum lapang walaupun barangan keperluan terus melonjak naik harga. Kita masih diberi harapan olehNya untuk terus berfikir dan merancang kehidupan ini kerana ada mereka tidak telah putus harapan untuk hidup, ada pula yang menanti denyutan nadi akhir.
    Masa terus beredar dan ini minggu terakhir  semesta pertama persekolahan. Apa perancangan kita? Merencana percutian bersama keluarga. Pulang ke kampung menjejaki "denai riang alam kanaka-kanak kita"?. Apa jua perancangan, biarlah ia menjadi suatu 'kenangan untuk anak-anak kita bersama bapanya" yang selama ini di kacamata si-anak, "Sibuknya bapa aku!". Anak itu tidak mengerti bahawa kita cuba dan berusaha memberi "yang terbaik" untuk dia membesar sempurna materialnya....!
    Aku sentiasa on the run. jarang, bahkan amat jarang dapat berbual mesra dengan 2 anak aku, yang kini telah bergelar gadis. Kerapnya kemesraan aku aku cuba wujudkan kini, ....mungkin aku prejudis, tetapi seperti dipandang sinis oleh anak-anak aku. sepatah katabualku, sepatah dibalas oleh anak-anak aku. jadual aku padat. Padat itu aku wujudkan dulu hingga akhir-akhir ini adalah untuk memberi kesenangan pada mereka. Dan aku menjadi bapa yang serius, yang imperative, yang word is an order.....
    June akan menjelma. "Hari Bapa'. Setiap tahun aku berharap "Hari Bapa" membawa miracle buat aku yang bergelar BAPA. Aku mahu usia senja memberi kepuasan pada aku. Semalam, seorang bekas pelajar aku yang kini menjadi anggota polis di Sungai Siput (bersama Lid) mengucap "teacher's day' dan minggu lepas 2 bekas pelajar india (lelaki) dari Langkawi memberi ucapan yang sama. Itu hanya sebahagian dari ratusan ucapan from my x-students.
    Cerita mereka sama, rindu dengan rotan aku. mereka faham setelah dewasa of my good intention, but should I wait that long for my children to understand that all these while what I've done to see they grow-up to be more responsible to life and future.
    Only God knows.
 
Salam Hormat 
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan