Laman Utama

03 Mei, 2011

Melangkah Mengorak Langkah. (posted by Sham)

Sent: Sat, 23 April, 2011 16:45:59

Setelah menanti hampir 5 bulan setelah sama sama kita menghadiri Mesyuarat Penubuhan Koperasi Lepasan Sekolah Clifford Perak Berhad, hari ini, mesyuarat ke-2, Ahli Lembaga Koperasi yang dipersetujui, telah menjalankan tugas tugas yang menanti dipundak kepakaran masing masing, sama sama menyumbang pembangunan dan perlaksanaan garis amanat dan halatuju penubuhannya, menyumbang dan menyemai bakti pada rakan rakan disekitar 73 78 80, dan juga perlaksanaan menyumbang semai bakti pada masyarakat, untuk jangka masa yang panjang.

Sambil merancang, dan mengoperationalisasikan bentuk dan halatuju dan matlamat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Disamping menunggu usia senja, dimana masih ada lagi hayat dikandung badan, menyumbang semai bakti pada seluruh alam adalah menjadi tuntutan sejagat, agar harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan amal amal bakti yang seada mungkin, bakal menjadi bekalan bekalan untuk kehidupan akhir, agar ianya bisa menjadi kenang kenangan hidup, agar persemadian kita bakal di kenang , diikuti pada generasi terkemudian.

Kitalah sebahagian itu, yang bakal mengembangkan, dan sama sama menjinjing garapan yang bisa diringankan, kitalah wawasan itu, bersama sama menuju ke mercu tanda, yang kita sama sama kearah itu.

Kesaksamaan antara kita, bakal menjadi lembaran sejarah, agar kita sama sama membina wawasan itu, agar menjadi kenyataan.

Sebermula dengan idea, diprototaipkan, menjadi bahan dagangan dimasa hadapan.

Syabas rakan rakan, yang bakal sama sama di halaman, The Ship Is More Than A Crew, motto kebanggaan Old Cliffordian, yang bakal diketengahkan.

Kitalah menjadi medan itu, sama sama mengorak langkah, kecil kecil cili api, moga motto itu akan terus menjadi teras, keberlangsungan membina wawasan itu.

Selamat Mengorak Langkah.

Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan