Laman Utama

11 Mei, 2011

Kita ada agenda untuk Clifford

Sent: Wed, 11 May, 2011 8:28:29

Salam Pagi yang Ceria

 

    Kembali ke sekolah, kembali mengadap tugasan dan hidup perlu diteruskan. Salam pada rakan-rakan yang masih bersama atas nama persahabatan. Bukan mudah untuk mengekalkan ikatan persahabatan dengan jarak dan tugasan kita yang berbeza.

    Tidak menyentuh mana-mana individu, sekadar memberi ingatan pada diri sendiri dan berkongsi citarasa.

    Bermula pada Oktober 2009...dan bermulalah aku menerima perkhabaran dari rakan-rakan yang ada di antaranya telahpun aku lupa dari ingatan. Satu demi satu siri minda dipunggah kembali untuk mengingati wajah mahupun nama rakan yang dibicara. Ada yang amat diingati, dirindui dan ada yang hingga kini masih terkial-kial mencari satu titik bagaimanakah nama itu pernah terpahat dalam sejarah hidup aku.......

    Namun yang pasti wajah itu dan nama itu adalah "anak kandung" Clifford Class of 73/78 dan pastinya mereka pernah bersama mencipta sejarah di bumi Kuala Kangsar bersama aku.

    Rentitan demi rentitan kita bertemu. Tidak perlu rasanya aku mencatat bila dan dimana kerana kerap dan akrabnya pertemuan itu. Peristiwa besar kita pada March 27 2010 dengan tema "Moh Balik Kuale".  ...dan kita terus berbicara di ruang ini. Banyak yang kita kongsi. aku sering daan amat sering meluahkan rindu "pada suatu waktu itu" dan berkongsi "keluhan seorang bapa".

   Dan kita terus mencari "halatuju" dan "matlamat" persahabatan kita. Dalam masa yang sama kita kehilangan saudara kita.

Al Fatihah untuk saudaraku ikhlasku Affendi......

    Kita rangka dan terus merancang hingga tertubuh "KOSEC". Ini niat murni kita. Ini matlamat jangka panjang kita. biar ia terus maju...tetapi memerlukan buah fikiran setiap dari kita.

 

  Kini khabarnya kita telah tetapkan Julai 2hb untuk "50 Yob" dan pelancaran KOSEC. Aku ingin memberi sedikit cadangan untuk kita fikirkan bersama.:-

 

1. Amat sesuai jika yang berhampiran di Kuale menerajui Jawatankuasa "50 Yob" kerana mudah bertemu spontan dan merancang.

2. Berapa ramai lagi kawan-kawan kita yang belum ditemui, yang  tinggal di Kuale dan di luar. Mereka tidak tahu lansungpun perkara ini?

3. Kita pernah berbincang pada tahun lepas jumlah kita yang kana hadir. kini tinggal kurang lebih 52 hari....bagaimana dengan senarai kehadiran, promo?

4. Perancangan, agenda dan aktiviti yang melibatkan Alma Mater kita?

5. Adakah sumbangan untuk Alma Mater kita?

   

    Banyak yang perlu kita bicarakan.

Adakah kita semua kelapangan pada 17 Mei (Selasa). MARI KITA BERAMAI TURUN KE KUALE UNTUK TUJUAN INI.

 

 

Clifford will always be in my heart

 

Salam Hormat

Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan