Laman Utama

28 Mei, 2011

Kenangan lalu

Sent: Saturday, 28 May 2011, 0:23

Sahabat

Kita telah melalui berbagai bersendirian dan bersama.

Laluan kita membawa kita merantau jauh dari kampung halaman sehingga kadangkala kita lupa dari mana asal kita. Namun kesedaran dilubok hati memastikan bahawa kampung halaman senantiasa dikenang dan dirindui. Samada ianya dimanifastasi melalui keluhan rindu diangin lalu atau sebaliknya hanya tuan badan boleh menjawab.
Sejauh mana aku melangkah, sejauh mana aku merantau, tidak kira dimana kepala ku ku letakan, tempat dimana aku berteduh semasa muda ku tetap aku rindu dan aku tetap merinduinya.

Itulah Kuala Kangsar dimata ku. Tempat aku singgah dalam perjalanan dan menambat hati.

SA Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan