Laman Utama

28 Mei, 2011

LAWATAN DI BUMI AKHIR KHILAFAH UTHMANIYYAH

From: HISHAMUDIN ALLI 
Sent: Friday, 27 May 2011, 19:16

Langkahku longlai hari ini meninggalkan rumah dan pejabat, walaupun kelesuan ini akibat diserang gout yang teramat sangat, petang kelmarin, dan masih terasa denyutannya sehingga kini, lewat tahun lepas pun begitu, pabila musim harumanis menjelma saban tahun, acidnya tinggi, gout menyerang kalili ini serasa sukar mengatur langkah dan tapak. Yang terakhir kali serangan seperti ini ialah semasa tahun 2000, semasa sedang saie di ulang alik Sofa dan Marwah. Semasa dari rumah ke Lapangan Terbang Alor Setar menuju KLIA, sambil menunggu kapalterbang bertolak ke Istanbul, jam 12.30 mlm, kesempatan ruang waktu yang ada, kita merenung sejenak di abad yang lalu, 1924, sudah hampir seabad yang silam, keruntuhan sistem Khilafah, lalu terbentuk negara negara kecil, yang melebihi 180 negara dunia, dimana sebelum itu, cuma dikenali  selaku kelompok dan ras bangsa.

Akibat struktur yang berubah, maka perubahan masa dan keadaan, pergerakan kita untuk memasuki blok blok tertentu, dengan passport dan visa, kesatuan ras ras ini dipecah pecahkan menurut struktur kapitalis dan borjuis, agar senang dikawal pergerakan susur galur pergerakan. Itulah sistem kenegaraan, dengan sistem dibawah panji Bangsa Bangsa Bersatu, dan Amerika menjadi tunggak dengan kuasa veto, kuasa membatal, walaupun seluruh anggota menginginkan sesuatu perubahan.

Itu adalah sebahagian dari liku liku sejarah kewujudan negara bangsa.

Tidak terlepas dengan Konstantinople, dan  dikenali dengan Istanbul, banyak kenangan silam, lambaian Masjid Biru, dengan senibina yang berasaskan senibina Sinan, dan dikelilingi dengan Masjid Masjid disekeliling persekitaran Istanbul, disebalik melihat senibina yang indah, dengan mengumpulkan tamadun Islam, Tamadun Kristian dan Tamadun Bizantium, Bhosphorus memisahkan benua Asia dan Benua Eropah, dan laluan ini datang menggamit lagi kehadiran.

Lobby Pan Pacific KLIA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan