Laman Utama

25 Mei, 2011

RON95

Sent: Mon, 23 May, 2011 1:17:17

Dalam teori asas ekonomi, dalam rukun penawaran dan permintaan, kita telah diketengahkan dengan rukun ini, menerusi rukun inilah kita mengukur keupayaan asas permintaan dan penawaran. Lanjutan dari situ pula ada satu lagi , yang dipanggil, "Competitive Advantage", dimana kita diketengahkan tentang kos perbandingan mengeluarkan sendiri ataupun diimpot, pada asasnya, negara kita yang asasnya, ekonomi berasaskan ekonomi pertanian, yang berskala kecil, rata ratanya dimileki oleh pemilek yang berasaskan warisan, yang seketika dahulu, ratusan ekar, dan setelah melalui proses warisan, ianya menjadi kecil, dan kurang kompetitif untuk diusahakan. Tahun tahun 1980 'an kita menyaksikan, pembangunan tanah berskala besar diusakan oleh kerajaan melalui agensinya, seperti Felda dan Felcra, dan antara matlamat asalnya membahagikan tanah tanah yang tidak bertanah menerusi sekim pemilekan tanah secara insitu, agensi agensi ini membangunkan tanah tanah berkenaan, dan segala kos pembangunan di kenakan pada setiap peserta rancangan dan dipotong apabila kebun kebun ini mengeluarkan hasil.

Hasil komoditi ini adalah ditahap turun naiknya ditentukan pasaran dunia, yang kita sendiri tiada kawalan keatas harga, adakalanya sakit bagaikan tusukan sembilu, menjaga kebun yang kos pengendaliannya bertambah tinggi. Diera era awal 1980 an ini juga, bidang pertanian telah juga disaksikan kawasan kawasan yang dahulunya sawah padi dan telah beertukar wajah, dibangunkan kilang kilang perusahaan industri secara hiliran, dan juga dikawasan Gurun, Perwaja Steel, aiawal 1990 an dulunya adalah estet getah, dibangunkan menjadi kilang besi, maka diangkutlah ulang alik besi dari Terengganu ke Kedah. 

Namun itu, walaunpun ikhtiar pembangunan kearah perindustrian, dalam masa yang sama, muncul daya saing di persekitaran negara negara jiran, Thailand, Vietnam dan Indonesia, menawarkan Kos Perbandingan yang jauh lebih kompetitif jika diteruskan di Malaysia, maka kita lihat diakhi akhir 90 an, banyak pelabur mengalihkan produksi mereka ke negara negara ini, yang mengakibatkan kehilangan daya saing.

Dari negara pertanian ke industri, dan trend semasa lebih memindahkan dari industri kepada asas perkhidmatan, yang sedikit sebanyak, menjejaskan Singapura, yang pada ketika terdahulu menjadi agen tunggal di Asia Tenggara. Untuk menghadapi trend dan ubahan struktur aktiviti ekonomi inilah, pendedahan keatas pasaran global sebagai suatu kampong, globalisasi inilah menjadi asas baru untuk dijadikan asas bandingan, tetapi adakah kemampuan itu menyerlahkan kita berbuat demikian, perubahan struktur dan cara kita bekerja mengurus ekonomi yang rata ratanya dahulu, mengharapkan Pelaburan Terus dari luar, mampu kita kecapi dalam jangka waktu yang terdekat.

HISHAMUDIN ALLI   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan