Laman Utama

22 Mei, 2010

CLIFFORDIAN 73/78 - CREW BALIK KUALE

From: Mohamad Faisal Ghazali <faisal@arcradius.com>
Sent: Mon, 25 January, 2010 2:18:28
Subject: Re: CLIFFORDIAN 73/78 - CREW BALIK KUALE

Kengkawan Semua

Pada pertemuan Working Committee pada 19/01/10, teman telah cadangkan kita adakan satu majlis perjumpaan Cliffordian 73/78 diKuale; tujuannya:-

  1. kita mahukan adanya keseninambungan aktiviti group kita supaya keakrapan yang kita jalin-semula dapat dikekal,
  2. supaya kengkawan kita yang tidak berkesempatan hadir pada 09/01/10 diberi peluang merasai kehebatan Crew Rebond,
  3. supaya juga kengkawan yang dijejak selepas 09/01 dan baru dijejak dapat bersemuka dengan kengkawan lain yang dah diketemu-balikkan; dan
  4. sekaligus juga satu perjumpaan Cliffordian 79/80 (utk yg masuk Form 6; deme rioh request le) mungkin boleh diadakan pada hari yang sama tapi berlainan masa, supaya dapat memudahkan usaha & logistic. Ini juga dengan syarat kengkawan kita yang masok Form 6 dapat adakan Working Sub-Committee untuk usaha ini.

Kami juga bersetuju, mungkin perjumpaan ini dapat diadakan pada bulan Mac dan ianya adalah perjumpaan yang serba sederhana.

Kami sebulat suara mengsyorkan Sdr Azlin VP mengetuai Organizing Committee – Crew Balik Kuale dan ahli-ahlinya mestilah terdiri dari kengkawan yang berpusat diKuale atau kawasan2 jajahanNya.

CPO Hasni telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan awal dengan VP semasa beliau mengadakan kunjungan ke Ipoh pada 23/01/10. Ianya adalah untuk mendapat maklum-balas mengenai:-

  1.  Persetujuan VP Azlin diatas usaha yang dicadang, kalau ya; dengan persetujuan committee beliau sekali,
  2.  Tarikh2 yang bersesuaian; dan
  3.  Cadangan lokasi yang sesuai dan nostalgia

Kengkawan, disini teman ingin mengingatkan, hasrat kita untuk perjumpaan yang dicadang pada tahun 2011 adalah supaya ianya lebih besar dan meriah dari Crew Rebond 09/01/10 kerana pada ketika itu kebanyakan dari kita akan mencecah usia separuh abad yang bermakna. Tetapi janganlah hasrat ini menjadi halangan bagi kita untuk kerap bersua dalam apa jua suasana atau keadaan.

Mungkin kepada sesetengah daripada kita, keakrapan yang kita dapat jalin semula melalui usaha Cliffordian 73/78 jnj dapat mengubati luka lama atau memaafkan kesalahan lama atau memperbaiki kepincangan lalu. Jadi apa sahaja kesempatan untuk group kita untuk berkomunikasi atau berjumpa mestilah digalakkan demi persahabatan jujur dan ikhlas.

Teman amat berbangga dan berterima kasih atas usaha-usaha kengkawan semua yang tidak kira masa, keadaan dan wang-ringgit demi menguatkan jalinan dan memperluaskan jaringan Cliffordian 73/78.

Jadi kengkawan, marilah kita sesama terus teluskan usaha kita ini.

 The Ship Is More Than The Crew



Regards,
MOHAMAD FAISAL GHAZALI
Principal




Tiada ulasan:

Catat Ulasan