Laman Utama

24 Mei, 2010

Pengalaman (posted by Radzif)

From: Mohd Radzif Radzif <radzif4202@yahoo.com>
Sent: Wed, 27 January, 2010 15:04:27 Subject: Re: Pengalaman

kengkawan semua...
Sambil2 duduk berehat ...ingin teman bercerita sikit tentang pengalaman teman semasa mula diikhtirafkan menjadi seorang guru pada tahun 1982..1st posting kene ke Sarawak (langsung x terfikir dalam kepala camne keadaan di sana)..hampir 60% keluaran maktab ketika itu telah dihantar ke Sabah dan Sarawak (semua balak)..sebab Menteri Pelajaran ketika itu orang sarawak yang inginkan intergrasi dan perpaduan antara semenanjung dengan Sabah dan Sarawak
    Setiba sahaja teman dan rakan2 yang lain di bumi kenyalang..ketika itu teman tak dapat nak membezakan masyarakat disana yang mana satu Melayu, Iban, Melanau, Cina dan suku2 kaum yang lain kerana rupa paras dan budaya berpakaian agak sama...bahasa langsung teman x faham...kami ditempatkan di Maktab Batu Lintang kat Kuching utk diberi taklimat tentang budaya dan keadaan di Sarawak supaya tidak timbul konlik dengan masyarakat tempatan...
    Tiba2 terdengar suara dari salah seorang penceramah pada malam itu mengarahkan guru2 yang menyimpan misai berkumpul disuatu sudut termasuk le teman...terpingga-pingga dalam kepala kenapa..
rupanya kami diarah mencukur misai sebab masyarakat iban (khususnya di kawasan pedalaman) mengganggap pendatang baru yang bermisai dianggap mempunyai ilmu yang tinggi dari segi kebatinan...dan kemungkinan akan diuji oleh masyarakat sejauh mane kehebatan kita....sebab itu orang sarawak jarang yang ada misai...
    Esoknya awal pagi temanpun berangkatlah ke sekolah yang telah ditetapkan ..iaitu SK Isu Bangat, Bahagian Kedua Sarawak...MasyaAllah punye le jauh sampai teman tak dapat sampai ke sekolah tersebut... Dari Kuching naik bas ke Bandar Sri Aman selama 4 jam...jalan bukan sama macam kat sini...rasa nak tertanggal jubo...sampai di Sri Aman teman kene naik bot panjang menghulu Sg. Batang Lupar (Sg. Bujang Senang) selama 4 jam lagi dan dinasihatkan oleh seorang rakan supaya membuat persiapan membeli bahan makanan kerana apabila dah masuk ke dalam nanti susah nak keluar...Jadi beli le pe2 yang patut utk bekalan sebulan...maggie dan sardin je yang banyaknye....
    Semasa didalam perjalanan dengan bot semua orang memandang semacam je pada teman...heran....perasaan takut usah cerita le...dalam hati berkata-kata mampus aku kali ini disembelih deme...dalam bot pulak ..penuh dengan ayam..anak babi pun ada.....rasa nak terjun je ke dalam sungei..takut buaya lagi...malah semasa dalam perjalanan tu pun 3..4.. kali ternampak kelibat buaya di tebing sungei.....ada tempat2 berhampiran dengan rumah panjang di tebing sungei ramai pulak anak2 dara iban yang mandi bolen (atas je le)...berderau jugak mulanye...tapi dek kerana perasaan takut tu lebih..jeling2 ujung2 mata je...
    Akhirnye sampe le teman ke satu kawasan rumah panjang / pengkalan yag penghujung Sg Batang Lupar lebih kurang pukul 6.30 petang....namanye Engtabut...Sekolah x sampei lagi...hari dah nak gelap...dari Engtabut teman kena berjalan lebih kurang 2 jam lagi melalui denai-denai untuk sampai ke sek tempat teman mengajar.....Oleh kerna terlalu letih teman dipelawa oleh GB di situ (bangsa Iban) supaya bermalam dirumah guru yang kosong....keadaan yang sungguh menggelikan...bawah rumah tu rupanye kandang babi....bau x usah cerita le...x boleh tido...makan pe lagi...
    Malam itu GB itu datang dan menceritakan keadaan masyarakat tempat teman ditugaskan...Mereka sangat marah sehingga GB tempat teman hendak pergi ni telah dibunuh/diracun oleh masyarakat setempat kerana tidak mempertahankan guru sementara orang tempatan yang diberhentikan kerana guru tetap dari semenanjung nak masuk.....Atas sebab2 keselamatan teman mengambil keputusan untuk merayu dan balik ke Sri Aman dengan bantuan GB tadi jam 3 pagi.................Bersambung!!!
   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan