Laman Utama

25 Mei, 2010

MOH BALIK KUALE 27/03/10 (posted by President)

From: Mohamad Faisal Ghazali <faisal@arcradius.com>

Date: Fri, 29 Jan 2010 03:33:38 +0800

Subject: Re: MOH BALIK KUALE 27/03/10

 

Kengkawan  Ahli Dewan Semua,

Setelah saya selesai baca kesemua 220 posting utk Khamis 28/01; disini saya ingin ajukan pendapat saya mengenai perkara2 yg telah diketengah:-

Program: Moh Balik Kuale
Haruslah kita ingat akan tujuan program ini disarankan adalah untuk adanya keseninambungan aktiviti Cliffordian 73/78 serta memberi peluang untuk bertemu kembali kepada kengkawan yang tidak dapat hadir acara Crew Rebond 09/01/10, kengkawan baru menyertai grup dan juga kengkawan yang senantiasa menyokong program2.

Kita juga merancang untuk adakan satu 'Grand Reunion' pada tahun depan untuk menyambut sekali peralihan hidup keseparuh abad kebanyakan dari kita, yang mana kita boleh juga adakan program ini diKuala dengan aktiviti2 yang lebih comprehensive & effective.

Jadi mungkin adalah lebih bersesuaian jika program Moh Balik Kuale ini kita adakan dengan aktiviti serba sederhana dengan tujuan untuk kita ' Enjoy the Company, Enjoy the Food & Enjoy the Experience'.

Perlu saya ingatkan disini bahawa program ini akan diselengarakan secara sukarela oleh jawatankuasa kecil pengajur yang diketuai oleh VP Azlin.
Jadi adalah berpatutan jika kita tanggungjawabkan kepada jawatankuasa ini untuk menentukan aktiviti2 pada hari itu mengikut kemampuan mereka dan kita harus menghargai usaha mereka dengan menghadirkan diri beramai2.

Moh Kita Yop

Reunion: 6 Formers 79/80
Saya berpendapat, cadangan kengkawan kita dari grup ini untuk mengadakan program yang sama patut disokong dan diselaraskan. Jadi saya cadangkan program mereka diadakan pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza. Ini dapat membantu kengkawan kita yang tergolong dalam kedua2 grup untuk mempermudahkan urusan kerja, keluarga dan perjalanan. Juga usaha dan kos logistik dapat dikurangkan serta ianya dapat menentukan kehadiran yang mengalakkan.

Kemungkinan perjumpaan 79/80 boleh diadakan pada waktu makan tengahari dari jam 1 hingga 4.30 petang. Dan perjumpaan 73/78 bermula jam 6 petang dan berlarutan ke tengah malam. Dengan cara ini kita dapat memberi peluang kengkawan kita menggunakan waktu pagi untuk perjalanan, aktiviti keluarga atau aktiviti sampingan rasmi yang dicadang/tidak rasmi. Disini, kita harus biarkan jawatankuasa penganjur menentukan jangkawaktu muktamat yang bersesuaian.

Walaubagaimanapun, haruslah diingatkan grup 79/80 perlu tubuhkan jawatankuasa kecilnya untuk menjayakan pertemuan yang dicadang. Adalah dinasihatkan satu jaringan komunikasi tersendiri yang bersesuaian perlu diadakan untuk kemudahan grup supaya ianya tidak dicampur-adukkan dengan jaringan 73/78.

Kengkawan diatas adalah cadangan saya, sila beri pandangan atau sokongan. Dan ianya, tidak semestinya muktamat.

Terima Kasih.

The Ship Is More Than The Crew



cid:image001.png@01CAA0BD.05419E50

MOHAMAD FAISAL GHAZALI
Principal



Tiada ulasan:

Catat Ulasan