Laman Utama

29 Mei, 2010

kawan baru jumpa : Amir ... (posted by Sham)

Sent: Sun, 7 March, 2010 23:04:45

Saat saat akhir di Clifford, semasa hampir menduduki MCE 1978, terbit 2 icon yang terlalu diingati, iaitu Aiznin mewakili aliran Sains dan Amir aliran Sastera, kengkawan memanggil Amir ni , Aristotle, gamat dewan Hamdan mendengar hujah hujah mereka ini, teman tak ingat 2 lagi pembahas pencadang dan 2 lagi pembahas pembangkang.

Kedua dua icon ini meneruskan pembelajaran mereka ini dibidang perundangan. Begitulah secebis kenangan imbauan 32 tahun yang silam. Dengan ledakan teknologi kini, kita ditemukan semula, secara telefon, goggle group, facebook, manakala yang hampir dan berdekatan, dengan sessi teh tarik dan seumpamanya.

Nukilan nukilan lama ini menjadi sejarah silam, yang dikenang semula untuk diingati dan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan.

Mencari dan orang yang dicari sudah ditemui, namun yang tiada khabar berita, perlu dijejaki dimana mereka berada. Tanyalah rakan rakan yang mengenali dan saling ada hubungan, untuk sama sama kita bertemu sekali lagi di Program Moh Balik Kuale pada 27 March, 2010. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan lagi tali ikatannya.

Itulah nilai erti rakan yang sama menjinjing buku dan sama sama sepermainan.

Bagi yang masih tidak ditemui lagi, kita panjangkanlah pencarian, agar kita tidak menyisihkan rakan rakan lama menghilang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan