Laman Utama

29 Disember, 2011

Hari Terakhir

Sent: Friday, 23 December 2011, 20:22

Hari ini merupakan hari terakhir aku menjejak kaki ke sini. Sudah 11 aku disis mu. Bermula dari keperitan krisis matawang 1997 yang mana membawa kau jatuh berlutut. Apabila aku mula menjejak kaki disini, kamu baru lepas 3 penasihat kewangan yang mana pelan yang dirangka menelan belanja berjuta ringgit namun hasilnya tidak ada. Apabila tim baru termasuk aku masuk, kami menyatakan kami boleh merangka pelan untuk memulihkan kamu kembali. Kami anak watan memerah otak dan merencanakan pelan untuk memulihkan kamu. Pelan di olah dan diadun mengikut alunan semasa. Kami berkeliaran meminta sokongan dari pihak berwajib untuk kelulusan dan menyimpankan status kamu sebagai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Dalam tahun ketiga pelan diolah semula mengambil kira kesehatan ekonomi yang terguguat akibat fenomena pemain mata wang. Hutang yang diletakan dalam USD melambung 3 kali ganda menyebabkan tersentak rancangan pemulihan mu. Diolah semula oleh tim kedua, tim pertama telah melangkah pergi dan kini menjadi penjawat utama disektor swasta.

Tim ke2 bergembelingkan minda dan kederat memohon kelulusan pihak berwajib sehingga mendapat restu Bank Negara dan pihak berkaitan.

Namun dalam semua usaha kami, kami berpegang teguh kepada prinsip bahawa apa pun terjadi, sesuap nasi untuk anak buah tidak pernah terlepas. Walau perit berhadapan dengan bank bank, kami berkeras bahawa anak buah kami diutamakan. Tiada pengurangan dan tiada tambahan. Hak anak buah kami utamakan. Kamu semua menarik balik payung semasa hujan dan menghulor payung bila hari cerah atas alasan rezab yang diperlukan.

Sayu juga aku tinggalkan kamu. Sedih juga hati ini mengenangkan kamu. Namun kini aku seorang yang tinggal dari Tim 1 dan Tim 2. Sejarah perit maung bersama hanya dalam minda aku seorang. Anak buah yang masih ada telah membesar dan ada juga telah melangkah pergi.

4 VSS dilalui. 4 kali anak buah dilepaskan. Namun satu sen pun tidak diambil malah ditambah sehingga sekarang kami dituduh membazir wang. Pada hal kami tidak mahu membebankan anak buah. Sudahlah diberhentikan hak mereka nak ditidakkan pula. Bukan prinsip kami berbuat demikian.

Kini itu semua sejarah dan tidak diperindahkan lagi. Itu cerita lama dan kini era baru, cerita baru.

Sayang sekali aku meninggalkan kamu namun tempat ku bukan disini lagi. Telah lama aku diperam dan diketepikan namun aku bertahan. Kini sudah tiba dipenghujung jalan dan baik aku mengambil langkah seterusnya dalam kehidupan aku.

Selamat tinggal.


SA Sulaiman
Yesterday was the easiest day

Tiada ulasan:

Catat Ulasan