Laman Utama

29 Disember, 2011

Re: Hari Terakhir

From: hishamudin.alli
Sent: Friday, 23 December 2011, 21:24

Tahun 1997 adalah saat saat akhir kegemilangan ekonomi di puncaknya, ada yang buat berguni guni duit dari BSKL, dan hari hari itu juga , aku baru 3 tahun dalam praktis perundingan pengurusan, titik titik itu dikenang, apa saja terlintas dan teringat dibenak hati, ambil saja, sudah tentunya, boleh dilepasi pembiayaan nya untuk masa mendatang, ketika itu, ketika itu juga, tiada apa hutang piutang, semuanya dibuat, buy as you earn, tidak berapa pandai menongkah arus dalam sistem perbankan.

Sempat juga dalam keadaan itu, mengambil pembiayaan untuk rumah kedai, dihujung 1997, namun congakan itu hanya bertahan 6 bulan, elok sekadar tahun pertama membayar biayanya, setelah itu, bayar ikut apa yang ada, sebahagiannya premis itu disewakan, dan hasil itulah dibayar kepada bank, sudah dimasuk kategori NPL, sehinggalah ku lepaskan kepentingan itu setelah 8 tahun membayar pembiayaan, namun pokoknya tidak berganjak, dengan kesayuan itu kulepaskan jua, walau egonya tidak mahu dilepaskan.

Rezeki ku tidak ada atas rumah kedai itu, dah jadi milek orang lain. Selepas itulah, baru status ,NPL dikeluarkan, 2005, selepas itulah baru bernafas dengan sokongan bank, dari berkawan 2 bank, hingga apa saja bank yang ada telah menjadi rakan kewangan, yang mahu membiaya kredit, dan sebagai pusingan. Tambahan pula aku terpukul dengan kerja kerja perundingan di Manila, selama 3 tahun, 2000 hingga 2002. Kesudahannya tertinggal kredit, yang sekiranya ketika itu boleh dibeli rumah semi detached, yang mana perlu dilangsaikan, dan sememangnya tidak tertimbus lubang itu, sehingga merana badan sehingga kini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan