Laman Utama

14 Disember, 2011

Hujung Minggu

From: hishamudin.alli
Sent: Sunday, 30 October 2011, 12:52

Saban minggu, jika di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, dimulai dengan hari Jumaat dan Sabtu, dan bagi negeri negeri lain adalah Sabtu dan Ahad. Lumrahnya, bagi yang berkeluarga, yang punyai profesion, hari hari dihujung minggu adalah hari untuk mengemaskinikan apa yang masih tidak dihabiskan, sesuatu pekerjaan , walau apa bentuknya, sama ada dari sudut kekeluargaan dan apa juga yang masih terbengkalai kerja kerja yang tidak selesai.

Masing masing profesion, dengan tugas tugas hakiki yang punyai kebertanggongjawaban untuk dilunasi, demi perolehi rezeki untuk menyara kehidupan.

Ada pelbagai cara, dengan gaya dan acara untuk memantapkan keluhuran dan keharmonian kehidupan berkeluarga dan juga berehat rehat bagi yang telah keseorangan.

Kehidupan diakhir akhir usia, memerlukan rakan kongsi hidup untuk berkomunikasi dan berinteraksi, namun ada pelbagai cara untuk mengisi suasana suasana berkenaan, asal sahaja kebahagiaan dicapai secara saksama dan melalui jalan jalannya yang ditunjukkan.

Ada yang berpendapat, mutu gaya dan keunggulan sebagai motif kehidupan, manakala ada yang beranggapan, ambil bila perlu sahaja, jadi orang orang kebiasaan, usah dikepingin yang luar biasa dan juga kecapaian tidak kesampaian.

Namun anjuran melihat alam persekitaran, adalah suatu saranan, agar ianya dapat memandu kita , membuat keputusan yang jitu dan bertepatan, agar kesilapan menilek dan meneka, dapat diminimumkan. Dunia kreatif abad kini, acapkalinya, kita berhadapan dengan permasalahan kebobrokan dunia, masyarakat jadi porak peranda, akibat tangan tangan durjana mengolah dunia.

Tahap berhati hati dalam segenap aspek demi keluhuran hidup, tidak dapat tidak meminimumkan kesilapan demi kesilapan.

Selamat Berhujung Minggu. Bagi yang masih ada keluarga , ziarahilah mereka, dan doakan agar dihujung kehidupan mereka, dalam ketenangan dan penuh kemakbulan, kasihanilah mereka, seolah olah kitaran itu diganti dengan keluarga itu melihat dan menjaga kita sewaktu kita kecil.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan